Malaysia negara selain Jepun mendapat HR-V Hybrid

2271

Honda Malaysia meneruskan kesinambungan dan komitmen meluaskan pilihan model hibrid di Malaysia dengan pengenalan Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD. Ini juga menjadikan honda sebagai syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan model hibrid untuk segmen SUV kompak.

 



Menarik juga ialah Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang mendapat Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD. Namun, HR-V itu sendiri bukanlah model yang begitu baharu. Jadi, apa kelainan/pembaharuan pada model kali ini?

Enjin, transmisi dan prestasi

Kita mulakan dengan bahagian teknikal sikit. Berbanding varian sebelum ini, Honda HR-V Sport Hybrid menggunakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC dengan suntikan terus bahan api. Untuk memastikan ia mempunyai prestasi dan penjimatan yang baik, enjin itu dipadan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan dan Integrated High Power Motor.

Motor itu dibantu oleh bateri lithium-ion berkuasa tinggi dan gabungan ini dikatakan mampu memberi pecutan seperti enjin 2.0-liter.

Sistem hibrid ini juga merangkumi sistem brek berservo elektrik untuk penjanaan semula tenaga. Sistem pengdingin hawa pula menggunakan kompresor elektrik.

Ciri lain yang unik untuk varian Sport Hybrid adalah 3D Illuminated Meter Cluster Multi-Info Display, Shift by Wire dan Sport Mode.

Selain dari Sport Hybrid, terdapat juga tiga lagi varian lain untuk 2019 iaitu RS, V dan E. 4,600 tempahan dilaporkan telah diterima setakat ini.

Varian RS dipacu oleh enjin 1.8-liter SOHC i-VTEC dengan tekonologi Earth Dreams CVT untuk transmisinya. Ia juga menerima ciri baharu iaitu stereng Variable Gear Ratio (VGR).

Gaya luaran

Melengkapkan gaya sporti HR-V RS adalah rim aloi dua tona 18-inci, gril depan baharu serta bampar depan dan belakang hitam.

Kesemua HR-V baharu boleh didapati dengan 5 pilihan warna; Passion Red Pearl (warna baharu), Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic dan White Orchid Pearl. Terdapat juga pakej aksesori Modulo (RM5,737), Urban (RM1,716) dan Utility (RM902).

Ciri praktikal dan keselamatan

Honda HR-V menampilkan Multi-Utility Cargo Space menjadikannya model dengan ruang kabin terbesar dalam kelasnya.

Ciri lain termasuklah kamera undur pelbagai sudut, tempat duduk kulit (V dan RS), Honda LaneWatch (V dan RS), cruise control serta paddle-shifter. Ciri keselamatan pula adalah enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HAS) dan ISOFIX.

Harga untuk setiap varian:

HR-V E – RM108,800

HR-V V – RM118,800

HR-V RS – RM124,800

HR-V Sport Hybrid – RM120,800

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here