
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) rasmi melancarkan Nissan Serena e-POWER generasi keenam ke pasaran tempatan menerusi lima pilihan varian :
- X : RM154,800
- X-PLUS : RM159,800
- HIGHWAY STAR : RM169,800
- PREMIUM HIGHWAY STAR : RM174,800
- SHIRO PREMIUM HIGHWAY STAR : RM179,800
Kini, MPV ikonik tersebut hadir dengan sistem pacuan elektrik sepenuhnya yang tidak memerlukan pengecasan luaran. Ia menjanjikan penjimatan bahan api sehingga 18.5km/l atau jarak perjalanan mencecah 1,000km bagi satu tangki penuh.
Sistem e-POWER generasi kedua dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik berkuasa 163PS dan tork 315Nm.
Enjin petrol 1.4L HR14DDe sebagai penjana hanya berfungsi untuk mengecas pek bateri litium-ion 1.77kWh dan tidak memacu roda secara terus.
Kemudian, ia dilengkapi mod Standard, Sport dan Eco serta fungsi e-Pedal Step untuk pemanduan satu pedal di kawasan sesak.
Berikut fakta ringkas tentang Nissan Serena e-POWER :
- Gril V-Motion menampilkan reka bentuk ikonik versi baharu yang dipadankan dengan lampu utama tiga projektor, lampu nyalaan siang (DRL), dan lampu kabus LED
- Bampar hadapan dilengkapi tirai udara di sisi untuk mengurangkan olengan badan serta meningkatkan kestabilan
- Dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 16 inci
- Varian X dan X-Plus dilengkapi pintu gelangsar automatik di sebelah kiri sahaja manakala Highway Star ke atas dilengkapi dwi pintu gelangsar automatik (kedua-dua belah)
- Ciri pintu gelongsor berkuasa bebas tangan adalah standard
- Varian Highway Star ke atas menggunakan cermin hadapan akustik (kalis bunyi)
- Fungsi pintu belakang berkembar untuk kemudahan akses di ruang sempit
- Menawarkan 13 konfigurasi tempat duduk
- Teknologi Zero Gravity, tempat duduk barisan pertama dan kedua direka untuk mengurangkan keletihan dan hayunan kepala
- Varian X dan X-Plus menerima paparan instrumen 7-inci dan sistem infotainmen 9-inci dengan Apple CarPlay & Android Auto
- Varian Highway Star ke atas didatangkan dengan dual skrin berwarna 12.3 inci (ADAD & infotainmen) dengan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar
- Sementara, sistem audio varian X dan X-Plus mempunyai empat pembesar suara dan varian selebihnya dilengkapi enam pembesar suara
- Monitor bumbung 14 inci disediakan untuk varian Premium Highway Star (manual) dan Shiro Premium (bermotor)
- Kemudahan pintar lain termasuklah pad pengecas tanpa wayar (Highway Star ke atas), enam port USB, 15 pemegang cawan dan pemilihan gear melalui butang fizikal (Electronic Shift Selector)
- Selain itu pelanggan awal Serena bakal menikmati tawaran istimewa merangkumi rebat pengenalan sebanyak RM5,000 dan pakej aksesori percuma bernilai RM8,000*






























