Utama Berita Automotif SUV ‘Urban Explorer’ JAECOO J5 sudah dibuka untuk tempahan

SUV ‘Urban Explorer’ JAECOO J5 sudah dibuka untuk tempahan

9

OMODA/JAECOO Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang pelancaran model paling dinantikan tahun ini — JAECOO J5.

Bakal ditawarkan dengan anggaran harga sangat kompetitif iaitu RM110,000, J5 bakal menggegarkan pasaran SUV segmen-B di Malaysia.

Ganjaran ‘Super Early Bird’ RM8,888 Menanti Pelanggan

Bagi menghargai pelanggan terawal, OMODA/JAECOO menawarkan pakej eksklusif bernilai RM8,888 bagi mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran bulan depan.

  • JAECOO J5 Insurans Tahun Pertama + Trio Aksesori + Rebat Angpow CNY RM8,888
  • OMODA C9 PHEV Rebat Angpow CNY + Kabel V2L Percuma RM4,618

JAECOO J5 bukan sekadar kenderaan, ia dijamin menjadi teman pengembaraan yang menyenangkan.

Trio Aksesori percuma bernilai RM2,000 direka khas untuk melengkapi gaya hidup aktif rakyat Malaysia:

  • Subwufer Kereta: Kualiti audio bass yang mendalam untuk konsert peribadi dalam kereta
  • Mikrofon Karaoke Tanpa Wayar: Ubah SUV anda menjadi pusat hiburan bergerak ketika road trip
  • Lampu Suluh Pelbagai Fungsi: Alat wajib untuk peminat aktiviti perkhemahan dan keselamatan malam.

Majlis Penghargaan Media baru-baru ini turut memperkenalkan Chris Tan sebagai Ketua Jenama baharu.

Di bawah kepimpinannya, OMODA/JAECOO Malaysia mempunyai pelan agresif untuk tahun 2026:

  • Rangkaian Luas: Sasaran 65 pusat pengedar sah di seluruh negara (meningkat daripada 50 pada 2025)
  • Komuniti Kukuh: Memberi sokongan premium kepada lebih 25,000 pemilik sedia ada

Selepas pelancaran J5 dan C9 PHEV (anggaran RM220,000), dua lagi model baharu dijangka muncul pada suku ketiga dan keempat 2026.

“Fokus kami bukan sekadar menjual kereta, tetapi memberikan nilai nyata kepada pelanggan kami.

“J5 dan C9 PHEV hanyalah permulaan kepada revolusi landskap automotif Malaysia tahun ini,” kata Chris.

Pelanggan berminat sudah boleh merasai kehebatan JAECOO J5 melalui sesi pandu uji di pengedar sah terpilih.

Selain itu, mereka juga dipelawa mengambil peluang sempena promosi Tahun Baru Cina yang berlangsung sehingga 28 Februari 2026.

Layari http://www.omodajaecoo.com.my bagi maklumat lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here