
Volkswagen Passenger Cars Malaysia secara rasmi melancarkan Volkswagen Golf R-Line Mk8.5 untuk pasaran tempatan dengan model hatchback ikonik ini ditawarkan pada harga bermula RM185,990 – termasuk Volkswagen Assurance Package.
Bersempena pelancaran ini, 50 pelanggan pertama membuat tempahan akan menikmati rebat istimewa sebanyak RM6,000, menjadikan harga tawaran awal kepada RM179,990.

Enjin eTSI Turbo
Model Golf Mk8.5 ini dikuasakan enjin 1.5 liter eTSI turbo (hibrid ringan) yang mampu menghasilkan :
- Kuasa Maksimum: 150 PS
- Tork Maksimum: 250 Nm
- Transmisi: DSG klac kering 7-kelajuan (pacuan roda depan)
- Pecutan 0-100 km/j: 8.6 saat
Ciri Tambahan : Kunci pembeza elektronik (XDS) untuk pengendalian lebih mantap.
Reka Bentuk Luaran dan Dalaman Dipertingkat
Model ini tampil lebih moden dengan padanan teknologi pencahayaan terkini dan reka bentuk yang lebih tajam.

Lampu: Dilengkapi lampu hadapan IQ.LIGHT LED Matrix dan gugusan lampu belakang IQ.LIGHT 3D LED.
- Rim: Rim aloi reka bentuk ‘Coventry’ baharu dengan tayar bersaiz 225/45R17.
- Ruang Dalaman: Kerusi balutan fabrik R-Line dan mikrofleece ArtVelours.
- Teknologi: Sistem infotaimen 12.9 inci dengan navigasi GPS, Digital Cockpit Pro 10 inci, paparan head-up (HUD), serta pengecasan peranti tanpa wayar.

Ciri Keselamatan IQ.Drive
Volkswagen melengkapkan model ini dengan sistem bantuan pemandu IQ.Drive merangkumi:
- Adaptive Cruise Control (ACC) & Autonomous Emergency Braking (AEB).
- Travel Assist, Side Assist, dan Lane Assist.
- Rear Traffic Alert dan 7 beg udara keselamatan.
Dua titik ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak di bahagian belakang.
Pakej Jaminan dan Penyelenggaraan
Harga RM185,990 lengkap bersama Volkswagen Assurance Package memberi ‘ketenangan minda’ kepada pemilik dengan:
- 5 tahun penyelenggaraan percuma.
- 5 tahun jaminan (had perbatuan 150,000 km).
- 5 tahun bantuan tepi jalan.
Pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan tanpa pakej Volkswagen Assurance Package dengan potongan harga RM10,000.

Walau bagaimanapun, dengan membuat pilihan ini, secara automatik membatalkan penyelenggaraan percuma dan mengurangkan tempoh jaminan kepada 2 tahun sahaja.





























