Utama Berita Automotif Volkswagen Mission Efficiency kembalikan semangat ‘jimat gila’ XL1 (2013)

Volkswagen Mission Efficiency kembalikan semangat ‘jimat gila’ XL1 (2013)

2

Siapa kata sebuah EV tidak mampu menawarkan kadar penjimatan yang cukup luar biasa tanpa perlukan pakej bateri yang besar. 

Setelah menghasilkan model XL1 tahun 2013, Volkswagen kembali menghasilkan sebuah model konsep yang super jimat dinamakan sebagai Mission Efficiency. 

Coupe 2+2 berbentuk titisan air mata itu mempunyai rekaan yang memanjang dan mengecil di bahagian belakang, serta mempunyai jarak trek roda yang sangat sempit. 

Dengan penggunaan tayar profil 155, Mission Efficiency menawarkan angka pekali seretan 0.158 Cd, jauh lebih aerodinamik berbanding Lucid Air yang dikatakan kereta produksi paling aerodinamik pada masa kini. 

Model ini dibina menggunakan ID.Polo sebagai model asas, dengan motor elektrik tunggal 133 hp memacu roda depan, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9 saat. 

Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 54 kWh yang dibantu dengan panel solar 370W. 

Dalam ujian dunia sebenar sejauh 1,278 km dari Wolfsburg ke Vienna, kereta ini berjaya mencapatkan jarak 663 km untuk sekali cas penuh. 

Dengan bantuan panel solar itu tadi ia mampu menambah jarak 30 km setiap hari bergantung kepada cuaca. 

Aspek kecekapan dipertingkatkan dengan sistem brek elektro-mekanikal dengan membuang sistem hidraulik dan bendalir untuk mengurangkan berat. 

Struktur atas platform Poli itu diperbuat daripada aluminium manakala pintu, bonet dan but menggunakan bahan CFRP. 

Biarpun Mission Efficiency hampir pasti tidak akan memasuki fasa produksi, namun teknologi seperti brek belakang tanpa bendalir berkemungkinan besar akan muncul pada EV masa depan. 

Volkswagen XL1 memiliki binaan badan seperti sebuah hypercar dengan badan dan brek daripada bahan karbon diikuti dengan pintu jenis gullwing. 

Ia hanya menggunakan nadi diesel hibrid 2-silinder 800 cc menghasilkan 68 hp sahaja. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here