Utama Berita Automotif Volkswagen serah EV yang ke-2 juta 10 bulan selepas capai pengeluaran satu...

Volkswagen serah EV yang ke-2 juta 10 bulan selepas capai pengeluaran satu juta unit

6

Volkswagen mencapai satu lagi pencapaian besar apabila menyerahkan kenderaan elektrik (EV) ke-2 juta.

Apa yang mengkagumkan ialah VW hanya mengambil masa 10 bulan selepas mencapai angka produksi sejuta unit pada April 2025.

Untuk mencapai angka produksi sejuta unit, VW mengambil masa kira-kira 12 tahun!

Model ke-2 juta ini ialah Volkswagen ID.3, dipasang di Zwickau, Jerman, sebelum diserahkan kepada pelanggan di Transparent Factory, Dresden.

ID.3 merupakan model yang memulakan era platform elektrik MEB pada 2020, walaupun perjalanan EV Volkswagen sebenarnya bermula lebih awal dengan e-up! pada 2013, dan eksperimen EV Golf sejak tahun 1980-an.

Dalam keseluruhan jualan EV Volkswagen, ID.4 menjadi penyumbang utama. Digabungkan dengan ID.5, kedua-duanya mencatat sekitar 901,000 unit di seluruh dunia — bukti bahawa SUV masih mendominasi walaupun dalam era elektrik.

Model lain yang menyumbang:

  • ID.3 – kira-kira 628,000 unit
  • ID.7 – sekitar 132,000 unit

Eropah menjadi pasaran paling kuat untuk VW, dengan hampir 1 daripada 5 kereta baharu kini merupakan EV. Walaupun pasaran AS sedikit perlahan, momentum global masih meningkat.

Volkswagen tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan strategi elektrifikasinya. Antara model baharu yang bakal tiba:

  • ID. Tiguan – versi facelift ID.4
  • ID. Polo & ID. Polo GTI – memasuki segmen kereta kecil mampu milik
  • ID. Cross – SUV baharu
  • ID. Golf elektrik – kini dalam perancangan

Dengan kadar pertumbuhan seperti ini, angka 3 juta EV mungkin akan tiba lebih cepat daripada yang dijangka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here