Utama Berita Automotif QJMotor SRT 125 DX: jentera ADV ringan dan mampu milik!

QJMotor SRT 125 DX: jentera ADV ringan dan mampu milik!

5

Sebelum ini, QJMotor telah memperlihatkan jentera adventure SRT 300 DX untuk pasaran China, dengan harga yang cukup berpatutan. 

Kini, sebuah lagi jentera ADV ringan dilancarkan oleh QJMotor, iaitu SRT 125 DX yang direka untuk pemegang lesen A1 dan B di Eropah. 

Rekaan SRT 125 DX ini tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan abangnya SRT 300 DX. 

Ia menampilkan rekaan lampu bulat berkembar dengan dimensi agak tinggi yang diinspirasikan daripada Africa Twin

Namun, ia sebenarnya telah digunakan oleh QJMotor sebelum ini menerusi kerjasama dengan MV Agusta untuk model ADV Lucky Explorer.

Jentera ini dikuasakan enjin silinder tunggal 125 cc piawaian Euro5+ menghasilkan 15 hp dan daya kilas 12.5 Nm. 

Untuk disesuaikan dengan laluan off-road ringan, SRT 125 DX dilengkapi dengan rim jejari 21 inci depan/18 inci belakang, tayar bercorak off-road, suspensi dengan jarak pergerakan roda yang besar, serta jarak kelegaan tanah setinggi 225 mm. 

Berat keseluruhan cuma 129 kg sahaja, namun tinggi pelana adalah sekitar 860 mm, tipikal untuk motosikal dalam segmennya. 

Antara kelengkapan standard lain termasuklah lampu LED, penghadang angin, pelindung bar hendal, rak belakang, serta skrin paparan TFT saiz lima inci dengan sokongan sambungan kepada peranti pintar. 

Selain itu, terdapat dua port pengecasan USB disediakan. 

Model ini akan memasuki pasaran Perancis sekitar April 2026, ditawarkan dalam warna merah dan putih pada harga €3,999 (RM18,376).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here