
MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengambil maklum akan masalah yang melanda pemilik skuter popular keluaran mereka, QJMotor AX200S.
Difahamkan isu timbul susulan terdapat beberapa pemilik AX200S mengadu masalah ekzos retak dan perkara itu telah mendapat perhatian pihak MForce.
MForce melalui satu kenyataan memaklumkan, siasatan terperinci sedang dijalankan di samping mengenal pasti langkah baik pulih yang wajar bagi pengguna terkesan.
Syarikat itu juga memaklumkan akan melaksanakan program panggilan semula (recall) yang komprehensif bagi menggantikan semua unit terkesan.
MForce menjelaskan, unit terkesan akan menerima alat ganti (ekzos) yang dinaik taraf tahap ketahanan.
Pihak MForce bersama-sama QJMotor juga sedang memantau perkembangan ini secara serius dan akan mengambil langkah segera bagi menangani permasalahan dihadapi pengguna.































