Utama Berita Automotif Nissan Murano AS masuk Jepun, potensi unit recond ke Malaysia!

Nissan Murano AS masuk Jepun, potensi unit recond ke Malaysia!

10

Nissan secara rasmi mengumumkan mereka akan memperkenalkan model Murano buatan Amerika Syarikat ke pasaran Jepun, dengan jualan dijadualkan bermula pada awal 2027.

Nissan bakal memanfaatkan sistem pensijilan baharu bagi kenderaan penumpang buatan Amerika Syarikat oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun pada Februari 2026.

Ivan Espinosa, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, menyatakan keterujaan beliau dalam memaklumkan kemunculan semula Murano di Jepun.

Model ini telah menerima pujian tinggi daripada pelanggan di pasaran Amerika Syarikat terutamanya bagi reka bentuk yang elegan dan keselesaan yang luar biasa.

Malah, Murano telah dinamakan sebagai SUV Saiz Sederhana Paling Boleh Dipercayai dalam JD Power 2026 U.S. Vehicle Dependability StudySM (VDS) buat tahun kedua berturut-turut.

Penawaran di Jepun juga bermakna Murano berpotensi untuk dibawa masuk oleh pengimport bebas seperti generasi pertama dan kedua sebelum ini.

Reka Bentuk Luaran dan Dalaman Premium

Berdasarkan model yang diperkenalkan di Amerika Syarikat, Murano generasi keempat dibina berasaskan tema reka bentuk energetic elegance yang membawakan rekaan luar yang kemas dan moden.

Penampilannya diperkuatkan lagi dengan penggunaan rim 21 inci, lampu belakang LED yang merentasi keseluruhan lebar kenderaan serta pilihan cat dua tona.

Bahagian dalaman pula menawarkan tahap kemewahan yang tinggi melalui penggunaan bahan kemasan lembut dengan perincian yang halus di seluruh kabin.

Papan pemuka dilengkapi dengan dua paparan definisi tinggi bersaiz 12.3 inci.

Antara ciri mewah lain yang tersedia termasuklah lampu suasana 64 warna dan tempat duduk hadapan dengan fungsi urutan.

Teknologi Keselamatan dan Ketersambungan Pintar

Murano memberikan keyakinan dan kawalan pemanduan melalui ciri standard Nissan Safety Shield 360.

Bagi memudahkan perjalanan jauh, sistem ProPILOT Assist dan ProPILOT Assist 1.1 turut disertakan untuk membantu pemanduan di lebuh raya.

Nissan juga memperkenalkan dua teknologi kamera baharu iaitu Invisible Hood View yang membolehkan pandangan maya melalui ruang enjin.

Sistem 3D Around View Monitor pula menyediakan lapan sudut pandangan maya di sekeliling kenderaan semasa meletak kenderaan atau melakukan olah gerak.

Dari segi ketersambungan, ia dilengkapi sistem Google built-in yang merangkumi aplikasi Google Maps yang sentiasa dikemas kini dan pelbagai aplikasi lain secara terus pada skrin sesentuh 12.3 inci.

Sistem ini dipadankan dengan sistem audio Bose 10-pembesar suara yang ditala untuk menghasilkan bunyi yang mengasyikkan di seluruh kabin.

Rangkaian Kuasa

Model terbaharu ini dikuasakan oleh unit enjin 2.0 liter VC-Turbo atau Variable-Compression Turbo.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan yang turut dilengkapi dengan paddle shifter. Sistem Idle stop start didatangkan sebagai ciri standard.

Bagi meningkatkan mutu pemanduan dan pengendalian, model ini menggunakan frequency sensitive dampers dan sistem stereng kuasa elektrik.

Spesifikasi Teknikal Nissan Murano (Model A.S.)

  • Enjin: 2.0 liter VC-Turbo (Variable-Compression Turbo)
  • Kuasa Maksimum: 241 ps
  • Tork Maksimum: 353 Nm
  • Transmisi: Automatik 9-kelajuan dengan paddle shifters
  • Sistem Pacuan: Roda hadapan atau Intelligent All-Wheel Drive
  • Ciri Standard Enjin: Idle stop start
  • Sistem Gantungan: Frequency sensitive dampers
  • Sistem Stereng: Stereng kuasa elektrik
  • Rim: 21 inci
  • Paparan Dalaman: Dua unit skrin definisi tinggi 12.3 inci
  • Sistem Audio: Bose 10-pembesar suara
  • Ciri Keselamatan: Nissan Safety Shield 360, ProPILOT Assist 1.1, Invisible Hood View, 3D Around View Monitor
  • Lokasi Pengeluaran: Smyrna, Tennessee, Amerika Syarikat

Kredit gambar: Nissan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here