Volkswagen tawar pakej langganan bulanan untuk naik taraf prestasi ID.3

47

Sudah terbiasa bayar bulan-bulan untuk akses kepada Amazon Prime, Disney+ dan Netflix?

Anda mungkin sudah bersedia untuk melakukan perkara yang sama sekiranya anda ditakdirkan menjadi pemilik Volkswagen ID.3.

Di Eropah, anda perlu membayar yuran langganan berjumlah £16.50/bulan (RM94.29/bulan) untuk akses kuasa penuh 228 hp sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi 201 hp pada varian ID.3 Pro dan Pro S.

Pemilik juga boleh memilih langganan seumur hidup bernilai £649 (RM3,137) di mana naik taraf ini boleh dipindah milik kepada pembeli berikutnya apabila EV tersebut dijual.

Mujur langganan bulanan ini tidak memberikan kesan kepada jarak gerak keseluruhan yang boleh mencecah 670 km untuk sekali cas penuh, ia hanya meningkatkan kuasa 27 hp dan tork maksimum daripada 265 Nm kepada 310 Nm.

Volkswagen bukanlah satu-satunya syarikat automotif yang menawarkan langganan bulanan kepada para pemilik kenderaan mereka.

BMW sebelum ini menerima kritikan teruk beberapa tahun lalu apabila mereka menawarkan pakej langganan untuk ciri-ciri tertentu seperti pemanas tempat duduk.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here