Mesin kopi BMW Motorrad ini diperbuat daripada komponen enjin R18 sebenar

54

Anda pencinta kopi dan penggemar jentera BMW Motorrad?

Jika jawapan anda “Ya” untuk kedua-dua soalan tersebut, ini merupakan satu mesin yang boleh dipertimbangkan untuk dibawa pulang.

BMW Motorrad bekerjasama dengan ECM Manufacture untuk menghasilkan sebuah mesin espresso, di mana hanya ada 80 unit sahaja yang diproduksikan.

Lebih menarik, mesin espresso tersebut menggunakan komponen sebenar daripada BMW R18 sebelum diubah dan disesuaikan dengan perkakasan sebuah mesin kopi.

Mesin kopi ini pada mulanya debut bersempena dengan BMW Motorrad Days sebagai sebuah unit binaan tunggal yang cukup istimewa.

Namun, disebabkan terdapat permintaan, ECM Manufacturer menghasilkan 80 lagi unit untuk disebut para peminatnya.

Setiap satu mesin espresso ini dipasang menggunakan tenaga tangan, mempunyai berat sekitar 64 kg dan memiliki tanda harga sekitar €7,900 (RM38,999).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ECM Espresso Machines (@ecmespresso)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here