SK On: Bateri jenis pejal boleh jadi senjata ampuh lawan EV China

66

Buat masa ini teknologi bateri jenis pejal (solid-state battery) masih lagi berada di dalam fasa pengujian, dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk direalisasikan pada kenderaan elektrik (EV).

Namun, syarikat Korea Selatan ini percaya apabila teknologi tersebut tiba, ia mampu mengubah industri automotif secara keseluruhan.

Dalam temubual bersama Bloomberg, ketua unit R&D SK On, Park Kisoo menjelaskan, “teknologi bateri jenis pejal ini apabila tiba kelak akan menjadi ‘senjata’ yang dapat membuatkan kami mengalahkan China.

Berbanding penggunaan elektrolit cecair pada pek bateri lithium-ion tradisional, bateri jenis pejal menggunakan elektrolit jenis pepejal.

Elektrolit ini boleh diperbuat daripada bahan seperti polimer, sulfida, oksida atau bahan berasaskan seramik.

Atas kertas, bateri jenis pejal ini menjanjikan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi, pengecasan yang lebih pantas, jangka hayat yang lebih lama dan tahap kestabilan haba yang lebih baik.

Namun begitu, pengeluar bateri China sudah pun mula mengorak langkah di dalam arena ini, seperti contoh EV Nio dengan pek semi-pejal yang sudah pun berada di atas jalan.

Minggu lalu, MG Motor mendakwa mereka akan menjadi pengeluar pertama untuk meletakkan teknologi bateri semi-pejal pada model EV keluaran massa MG4.

Pengeluar barat juga tidak mahu ketinggalan.

Mercedes-Benz seperti contoh telah memasang pek bateri semi-pejal keluaran syarikat pemula Factorial pada sedan EQS untuk pengujian, sementara Stellantis pula merancang untuk memasang pek bateri yang sama pada Dodge Charger Daytona EV bermula tahun depan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here