Honda dedah bunyi enjin V3 baharu buat kali pertama

1172

Honda dengan enjin tiga silinder konfigurasi-V bukanlah satu perkara asing.

Enjin V3 tersebut pernah digunakan pada jentera lumba NSR500 pada tahun 80-an, sebelum ia diaplikasikan untuk jentera jalanan NS400R beberapa tahun kemudian.

Pada tahun lepas, Honda mengejutkan dunia dengan pengenalan enjin V3 yang lengkap dengan pemampat (compressor) elektrik serba baharu bertempat di EICMA 2024.

Mahu dengar bunyi enjin tiga silinder baharu tersebut? Klik video dibawah, fokus pada 12 saat terakhir:

Bunyi enjin tersebut disekalikan dengan iringan bunyi aruhan berdengung yang menandakan komponen compressor elektrik yang sedang beroperasi.

Tidak seperti mekanisme tipikal yang menggunakan aci engkol, compressor elektrik ini berdiri dengan sendiri dan boleh bertindak balas terhadap apa jua kelajuan enjin untuk memberikan hasil pecutan yang diinginkan.

Menariknya, dalam video yang sama turut dipaparkan aksi jentera Africa Twin di atas padang pasir, DCT serta teknologi e-Clutch yang mungkin akan diintegrasikan dengan enjin baharu ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here