Utama Berita Automotif CFMoto 750SR-S (2026) rasmi lancar, harga RM41,888

CFMoto 750SR-S (2026) rasmi lancar, harga RM41,888

5

Mforce Bike Holdings membawakan dua buah model bersesaran tinggi daripada jenama CFMoto di Malaysia Bike Show 2026, iaitu CFMoto 750SR-S (2026) dan 1000MT-X (2026). 

CFMoto 750SR-S merupakan sebuah sportbike yang dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris.

Kuasa dihasilkan sekitar 110 hp pada 10,250 rpm dan tork 80 Nm pada 9,000 rpm. 

Ia boleh memecut sepantas bawah 3.5 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 230 km/j. 

750SR-S ini dilengkapi dengan tetapan suspensi fork jenis terbalik KYB 43 mm di depan, serta penyerap hentak tunggal KYB di bahagian belakang di mana kedua-duanya menerima larasan pra-beban dan lantunan. 

Aspek pengendalian dibantu dengan fungsi peredam stereng boleh laras dan penukaran gear pantas satu arah. 

Brek pula menggunakan tetapan cakera depan belakang dengan angkup empat omboh di depan dan angkup dua omboh di belakang. 

Terdapat juga empat muncung ekzos, skrin paparan TFT sebesar 6.2 inci, diikuti dengan tangki bahan api sebesar 17 liter dan pelana setinggi 805 mm. 

Ciri keselamatan yang ada pada CFMoto 750SR-S ini termasuklah ABS dua saluran, Cornering ABS, kawalan cengkaman berserta Cornering TCS, serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS). 

Pembeli boleh mendapatkan warna Nebula Black dan Nebula White. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here