Alat pembuat kopi dengan reka bentuk enjin jentera Formula 1

1874

Alat pembuat kopi ini disertakan dengan reka bentuk yang sangat unik seperti enjin jentera Formula 1. Enjin ini tidak akan mengeluarkan bunyi yang kuat, malah akan memberikan anda secawan kopi yang lazat.

Alat pembuat kopi yang mempunyai bentuk enjin jentera Formula 1 ini diberi nama sebagai Titanio Serie. Ia adalah satu-satunya alat pembuat kopi dengan reka bentuk tersebut dan ianya direka oleh sebuah syarikat yang bernama Super Veloce.



Kerana reka bentuknya yang sama seperti enjin Formula 1 yang sangat unik, sudah tentu alat ini tidak murah. Menurut sumber, ianya dijual pada harga €10,000 (RM47,546).

Untuk maklumat, reka bentuk enjin jentera Formula 1 dihasilkan dengan pelbagai peraturan perlumbaan. Hal ini menyebabkan setiap pasukan yang menyertai perlumbaan bersaing untuk menghasilkan enjin yang terbaik, sesuai mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seiring dengan berkembangnya teknologi, enjin Formula 1 terus mengalami perubahan, bermula dari enjin V8, V10, V12 sehinggalah peraturan menetapkan penggunaan enjin V10 pada tahun 2000. 

Sangat wajar jika enjin kereta lumba mempunyai tempat tersendiri di hati peminat di seluruh dunia walaupun komponennya mempunyai tahap kerumitan yang sangat tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here