Tidak berpuas hati, pemandu lori nekad rempuh Ferrari milik bosnya

2784

Seorang pemandu lori di Chicago, Amerika Syarikat nekad untuk rempuh supercar Ferrari milik bosnya hingga menyebabkan kenderaan tersebut rosak teruk.

rempuh Ferrari

Difahamkan, kejadian itu berlaku akibat pemandu lori tersebut marah, kerana dia tidak diberi lori baru untuk operasi kerjanya.



Kejadian tersebut menjadi viral di media sosial dan banyak orang ramai membuat spekulasi mengapa pemandu lori tersebut melakukan hal demikian. Di dalam gambar yang tersebar di media sosial, kelihatan sebuah lori warna putih rempuh bahagian hadapan sebuah Ferrari GTC4Lusso.

Sejumlah pemandu lori di Illinois yang menyiarkan kejadian ini di laman sosial berkata, pelaku sengaja merempuh kereta eksotik dari Itali yang dimiliki oleh bos syarikat pengangkutan itu selepas berlaku perselisihan faham.

rempuh Ferrari

“Pemandu tersebut sebenarnya dijanjikan dengan lori keluaran tahun 2020, tetapi dia dinilai tidak cukup layak untuk mendapatkannya. Dia marah lalu merempuh kereta pemilik syarikat menggunakan lori,” tulis Cordoba Beto, seorang pemandu lori di Illinois dalam catatan Facebooknya.

Difahamkan juga pemandu lori tersebut melompat keluar dari lori sebelum membiarkan lori tersebut merempuh supercar berkenaan. Ferrari GTC4Lusso itu berharga kira-kira USD250,000 (RM 1,083,500).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here