Covid-19: Pergerakan rentas negeri dibenarkan dalam tempoh 4 hari sahaja

2564

M enteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri dibenarkan dalam tempoh empat hari sahaja, iaitu bermula dari 7-10 Mei 2020.

pergerakan rentas negeri

Selepas tempoh tersebut, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan sahaja seperti perubatan atau kematian ahli keluarga terdekat.



Menurutnya, individu yang memerlukan kebenaran tersebut boleh memohon di balai polis berhampiran.

“Bagaimanapun, pergerakan rentas negeri untuk bekerja kita benarkan. Contohnya jika individu tinggal di Nilai, tapi bekerja di Putrajaya, mereka dibenarkan bergerak tetapi perlu ada surat kebenaran atau pelepasan dari majikan dan surat itu perlu ditunjukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika diminta,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi pergerakan rentas negeri yang telah dimulakan, PDRM telah memberi sebanyak 26,181 kebenaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan 6,304 kebenaran melalui borang manual polis bagi mereka yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain.

“Bagi pergerakan semalam, PDRM telah memberi 70,538 kebenaran bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan untuk pulang ke kediaman masing-masing,” katanya.

Menurutnya, laporan PDRM menunjukkan pergerakan berjalan lancar dan ramai pengguna jalan raya bertolak pada awal pagi selepas sahur.

Ismail Sabri juga berkata, untuk hari ini, sebanyak 54,151 kebenaran telah dikeluarkan bagi pergerakan yang melibatkan mereka yang berada di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

Katanya, bagi mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu, 77,836 kebenaran telah dikeluarkan untuk pergerakan rentas negeri pada Ahad ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here