Kerajaan benarkan jumlah penumpang ikut kapasiti kereta di negeri Fasa Satu

3690

Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan mengikut kapasiti tempat duduk bagi individu lengkap dua dos vaksin di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam. 

Namun begitu, pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan melainkan pasangan jarak jauh, anak jarak jauh dan individu yang mendapat kebenaran polis dan Kementerian Kesihatan (KKM).



Sementara itu, MKN menetapkan bilangan penumpang bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang termasuk pemandu dan penumpang perlu duduk di bahagian belakang.

Bagi kenderaan yang membawa barangan termasuk rantaian ekonomi serta industri, kapasitinya bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.

Buat individu yang masih belum lengkap vaksin hanya dibenarkan dua orang wakil rumah keluar bagi mendapatkan bekalan makanan, ubat dan keperluan asas.

Selain itu, maksimum tiga orang saja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan dan kecemasan. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here