Pemilik perlu bayar baik pulih mahal gara-gara tertekan suis bonet ketika cuci kereta automatik

11965

Ramai lebih memilih pusat cuci kereta automatik kerana prosedur yang mudah dan cepat bahkan pemandu tidak perlu keluar daripada kereta. 

Selalunya jika menggunakan pusat cuci kereta automatik mengambil masa kurang lebih 20 minit untuk membersihkan bahagian luaran kenderaan.



Namun lain pula terjadi bagi pemilik Range Rover Evoque ini, urusan mencuci bertukar tragedi apabila dia tidak sengaja menekan butang bonet belakang ketika kereta sedang dicuci.

Tindakan tersebut menyebabkan rod berus mesin tersangkut pada bonet yang terangkat, langsung mematahkan rod spring bonet lalu tercabut. 

Bagaimanapun tidak seorangpun menyedari kejadian itu. Video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @gendosthor menarik perhatian warga maya namun tidak diketahui lokasi kejadian.

Namun, video yang tular itu seolah berlaku di Eropah jika melihat kepada nombor plat SUV tersebut.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here