14 unit kereta mewah termasuk supercar disita hasil wang haram

2718

Seramai 17 individu sindiket pengubahan wang haram yang diketuai ‘Datuk Kren’ diberkas pihak polis.

Ketua sindiket dikenali ‘Datuk Ken’ meraih pendapatan jutaan ringgit termasuk memiliki 14 unit kereta mewah dan rumah banglo hasil pendapatan haram sejak tujuh tahun lalu.



Hasil penangkapan, sebanyak 14 unit kereta mewah seperti Lamborghini Huracan, BMW 8i, Nissan GTR dan Porsche Cayman dirampas dan disita.

Selain itu, polis turut menyita 14 unit rumah banglo yang menggunakan pelbagai nama individu lain, tiga buah rumah kedai, wang tunai termasuk mata wang asing serta pembekuan 71 akaun bank dengan anggaran nilai keseluruhan mencecah RM33 juta.

Kereta Dirampas
Lamborghini Huracan antara yang dirampas

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata kemewahan lelaki bergelar Datuk itu hasil aktiviti perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan ah long yang dilakukan secara berperingkat bermula 2014 hingga tahun lalu.

“Kesemua ahli sindiket pula meraih pendapatan antara RM2,500 hingga RM8,000 mengikut peranan dan jawatan masing-masing dan telah dituduh pada 9 Julai mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di Mahkamah Selayang.

“Hasil siasatan ketua sindiket itu mempunyai kaitan dengan 24 buah syarikat lain bagi mencuci wang hasil haram itu,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, sindiket ini tiada kaitan dengan jenayah dilakukan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang kini dalam buruan polis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here