Jetpack Aviation buka tempahan motosikal terbang The Speeder, harga mula RM1.6 juta

1537

Jetpack Aviation, syarikat pembuatan alatan futuristik yang berpangkalan di California bakal melancarkan motosikal terbang menjelang 2023 susulan kejayaan sesi tunggang uji baru-baru ini.

Syarikat itu berharap dapat menghasilkan dua versi motosikal untuk kegunaan harian yang bebas karbon dan mesra alam.



Motosikal futuristik digelar sebagai The Speeder itu dilengkapi dengan program perisian kawalan penerbangan unik iaitu Jetpack Aviation yang memantau dan menyesuaikan daya tuju sepanjang tunggangan.

Perisian yang mengambil masa pembangunan selama setahun setengah itu menstabilkan kedudukan motosikal terbang di udara secara automatik. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Aviation, David Mayman pihaknya mungkin akan menghasilkan motosikal jenis ultra ringan yang tidak memerlukan lesen juruterbang. Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan versi profesional dalam tempoh enam bulan selepas itu.

Namun kelajuan versi ultra ringan akan dihadkan hingga 60kmj sejajar dengan peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan waktu penerbangan selama 15 minit.

Manakala motosikal terbang versi profesional memerlukan lesen juruterbang asas yang mampu terbang sekitar 35 minit dengan kelajuan 250kmj. 

Speeder akan dilengkapi lapan turbin yang membolehkan motosikal seberat 136kg itu membawa pemandu dua kali ganda daripada berat kenderaan.

Kenderaan itu juga ditawarkan dengan ciri-ciri seperti kawalan tangan, sistem navigasi skrin bersaiz 304.8mm dan sistem radio.

Jetpack Aviation menetapkan harga jualan The Speeder pada AS381,000 (RM1.6 juta) dan tempahan kini dibuka kepada pelanggan yang berminat. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here