Tinggalkan Yamaha, Vinales rasmi sertai Aprilia musim MotoGP (2022)

1215

Rasmi..Maverick Vinales kini berpindah ke Aprilia Racing Team bermula musim MotoGP (2022) dan bakal bergabung sekali lagi bersama Aleix Espargaro.

Keputusan itu sebenarnya agak mengejutkan apabila Aprilia berjaya mengikat pelumba Top Gun MotoGP itu. 



Namun kontrak hanya berlaku selama setahun tentunya Aprilia menawarkan pilihan lanjutan sekiranya Vinales ingin terus bersama pasukan itu. Buat masa ini boleh dikatakan Aprilia sebagai batu loncatan sementara pasca perpisahannya dengan Yamaha.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing Team, Massimo Rivola gembira dengan penyertaan Vinales ke dalam skuad Aprilia tambahan dia merupakan salah satu pelumba papan atas ketika ini. 

“Kami gembira sudah mendapatkan Maverick Vinales, seorang pelumba tahap tinggi dan salah satu bakat tulen dalam kelas premier.

“Ada ketikanya kami melakukan perubahan besar selepas membawa motor yang diubah sepenuhnya dan berfungsi dengan baik di semua trek serta secara konsisten memantapkan diri di kelompok protagonis. 

“Kami yakin seperti Aleix, dia akan menerima projek berpotensi tinggi. Kedatangan Maverick sama sekali tidak menjauhkan Lorenzo Savadori dari pasukan yang mana dia akan tetap menjadi sebahagian keluarga Aprilia Racing,” jelasnya. 

Setakat ini, Maverick Vinales sudah mengumpul 23 posisi depan, 25 kemenangan dan 68 podium dari semua kelas yang disertainya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here