Max Biaggi dakwa Ducati bukan pengeluar Itali sebenar

265

Pemenang perlumbaan MotoGP, Max Biaggi mendakwa Aprilia merupakan pengeluar Itali tunggal dalam kejuaraan tersebut.

“Kerana kita tahu bahawa Ducati adalah milik Jerman disebabkan pemilikannya oleh Audi,” ujarnya. 

Dalam temu bual bersama TNT Sport, Biaggi yang sempat menyindir Ducati berkata hubungannya dengan Aprilia adalah istimewa. 

“Saya telah menjadi duta Aprilia selama hampir 10 tahun, dan ia adalah satu keistimewaan besar memiliki hubungan dengan pengeluar ini.

“Sejujurnya, ia adalah satu-satunya jenama Itali di padok ini, kerana kita tahu Ducati adalah milik Jerman disebabkan pemilikan Audi.

“Kami sangat bangga dengan perkara ini, dan Kumpulan Piaggio telah melakukan kerja yang luar biasa,” jelasnya. 

Walaupun Ducati telah dimiliki oleh Audi sejak 2012, jenama tersebut tetap berpangkalan di Borgo Panigale, lokasi asal ia dibangunkan. 

Kerjaya Biaggi dalam perlumbaan MotoGP bermula dari 1991 hingga 2005 yang mana dalam tempoh tersebut beliau membuktikan dirinya sebagai salah seorang pelumba 250cc terbaik dalam sejarah.

Beliau memenangi empat gelaran dunia dalam kelas tersebut antara 1994 dan 1997, sebelum melangkah ke kelas perdana pada 1998 dan menang dalam penampilan sulungnya di Jepun dengan jentera Honda.

Menjadi pesaing hebat kepada Valentino Rossi ketika itu, Biaggi merekodkan 13 kemenangan dalam kelas perdana, sebelum meraih kejayaan kejuaraan dalam World Superbikes pada 2010 dan 2012. Kini, beliau berkhidmat sebagai duta untuk Aprilia.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here