Toyota Hilux kenderaan pilihan kumpulan militan, ini cara mereka dapatkan stok..

5158
Kejayaan kumpulan Taliban mengambilalih Afghanistan baru-baru ini menarik perhatian dunia terutamanya kenderaan yang menjadi pilihan pengangkutan mereka.
 
Selain Honda CG125, model empat roda kegemaran kumpulan berkenaan adalah Toyota Hilux. Sebenarnya pacuan 4×4 itu bukan saja pilihan Taliban dan ISIS bahkan digunakan oleh  kumpulan bersenjata sekitar Afrika dan Timur Tengah.
Ketahanan dan keteguhan Hilux menjadikan ia trak pikap pilihan ramai bagaimanapun situasi itu merupakan satu beban buat Toyota apabila melibatkan pemberontak. 
 
Toyota memasarkan Hilux ke seluruh dunia (lebih daripada 180 negara) dengan sokongan wakil jualan, servis dan alat ganti yang lengkap. Bahkan secara kumulatif jualan global Toyota Hilux melebihi 17.7 juta (1968-2017). 
 

Kini, populasi Toyota Hilux melebihi 20 juta unit. Jadi tidak mustahil kumpulan pemberontak tersebut ‘mudah’ mendapatkan stok trak pikap tersebut. Toyota sendiri mengakui bingung bagaimana kenderaannya boleh dimiliki pengganas.

Kerana itulah mereka mewujudkan polisi baharu larangan menjual semula kenderaan baharu dalam tempoh setahun misalnya model Land Cruiser (2022). 

KERETA CURI

Dari manakah kumpulan militan ini mendapatkan Toyota Hilux dan Land Cruiser. Menerusi temubual bersama ABC News pada 2015, Toyota menjelaskan tidak mengetahui bagaimana organisasi pemberontak tersebut mendapat kereta berkenaan.



Bagaimanapun selepas melakukan siasatan sebahagian besar trak pikap Toyota yang digunakan oleh golongan militan itu adalah hasil curi apabila melihat kepada nombor pengenalan kenderaan (VIN). 

Termasuk VIN rahsia yang ditemukan pada Toyota Land Cruiser 300 baharu. Selain itu, Duta Besar Irak ke Amerika Syarikat, Lukman Faily juga berkata kumpulan tersebut tidak hanya menggunakan model terpakai Toyota bahkan yakin ISIS memperoleh ratusan trak pikap baharu selama bertahun.

Toyota tidak hanya berdiam diri justeru itu pengeluar Jepun itu mengambil langkah pencegahan agar produk mereka tidak digunakan sembarangan. Mereka meletakkan VIN rahsia selain membuat klausa perjanjian baharu dengan pembeli.

Kereta Toyota digunakan oleh kumpulan pemberontak kerana keunggulan trak pikap itu sendiri bermula daripada enjin, rangka, jarak kelegaan tanah hinggalah pengendalian lasak serta servis yang tidak membebankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here