Honda CG125 motor kegemaran Taliban, tak perlu kenderaan ‘power’ jalankan operasi

3620

Setelah 20 tahun bertempur menentang Amerika Syarikat, Taliban berjaya mengambilalih semula kuasa pemerintahan Afghanistan.

Sepanjang pertempuran itu dan video yang berlegar di Internet kumpulan Taliban menggunakan pelbagai kenderaan kereta mahupun motor. 



Namun salah satu pengangkutan yang menarik perhatian dan sering digunakan oleh anggota Taliban ialah sebuah motor old skool Honda CG125. Motor kegemaran Taliban itu menjadi pilihan kerana ketahanan dan harga yang jauh lebih murah. 

Informasi ini diungkapkan menerusi dokumen WikiLeaks ketika konflik Afghanistan-Amerika Syarikat pada 2013 dan digunakan sehingga kini. 

Motosikal itu dikeluarkan Wuyang-Honda Motors iaitu pengeluar rasmi jenama Honda di China. Walaupun kelihatan klasik dan kurang gagah namun motor itu sudah membawa Taliban ke  setiap pelosok daerah di Afghanistan.

Bahkan Taliban juga menggunakan CG125 untuk memerhati dan melaporan pergerakan tentera ISAF. Saiznya yang kecil dan lasak itu memberi kebebasan buat Taliban bergerak di luar bandar Afghanistan mahupun perjalanan jauh. 

Menerusi imej yang tersebar mereka sering berboncengan yang mana penumpang di belakang membawa roket ataupun senjata api. Pendek kata Honda CG125 itu menjadi mobile bergerak bagi pelancaran bom tangan roket mahupun serangan senjata api.

Kumpulan Taliban sudah mengubahsuai motor berkenaan dengan penambahan pemain MP3 yang digunakan untuk mendengar ceramah atau bacaan Al-Quran ketika menunggang.

Sejarah penggunaan motor Honda CG125 bermula 2013 yang mana model itu dijual di Afghanistan pada harga AS700 (RM). 

Honda CG125 versi lama itu didatangkan dengan enjin silinder tunggal 124.1cc OHC jenis karburator yang kemudian dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan. Teknologinya masih old skool yang mana menggunakan panel instrumen analog.

Suspensi depan menggunakan model teleskopik dan penyerap hentak berganda di belakang agar lebih kukuh.  Untuk pengetahuan anda model itu masih lagi dikeluarkan hingga kini yang mana model terbaharu sudah didatangkan dengan teknologi pancitan bahan api Honda CG125 Fi.

Walaupun masih mempertahankan gaya klasik model terkini ditawarkan dengan lampu depan berkotak berbanding sebelumnya bulat dan sudah ada lencana Fi bersama transmisi 5-kelajuan. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here