Tok ketua pun dimaki mat motor

1246

Menurut laporan Berita Harian, polis menahan 20 individu termasuk remaja berusia 14 tahun kerana menunggang motosikal secara berkumpulan serta membuat bising di Jalan Kampung Sungai Kelambu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh dipetik berkata, semua individu itu ditahan oleh unit kereta peronda (MPV) serta Penguatkuasaan Trafik selepas menerima maklumat daripada orang awam.



Dalam kejadian pada jam 5:30 petang, bilik gerakan menerima maklumat mengenai sekumpulan remaja sedang menunggang motosikal serta membuat bising di Jalan Kampung Sungai Kelambu.

“Bertindak atas maklumat itu, unit kereta peronda (MPV) dan Penguatkuasaan Trafik menghala ke lokasi dan menahan 20 individu berusia dalam lingkungan 14 hingga 21 tahun bersama 20 motosikal dengan dibantu oleh jawatankuasa keselamatan kampung.

“Semua individu berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan 39 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dihubungi hari ini.

Terdahulu, beberapa gambar penahanan kumpulan remaja serta satu video yang menunjukkan anggota polis sedang menegur seorang remaja yang dipercayai bersikap kurang ajar pada orang tua tular di media sosial.

Ahmad Ridhwan berkata, remaja berkenaan didapati mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ketua kampung yang turut hadir ke tempat mereka ditahan pihak polis.

“Justeru, anggota berkenaan menegur perbuatan remaja yang tidak menghormati orang tua serta ketua masyarakat di kampung itu,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here