Utama Berita Automotif ‘Total Lockdown’ 14 hari seluruh Malaysia bermula 1 Jun ini
PUTRAJAYA, 2 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, March 2 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivering his special speech aired live on all television channels and social media platform tonight.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

‘Total Lockdown’ 14 hari seluruh Malaysia bermula 1 Jun ini

1490
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
 
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi. Kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
 
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
 
Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. 
 
Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here