Anda tak akan boleh lagi pilih kurier Shopee bermula 17 Jun

2115

Shopee kini telah mula memaklumkan kepada penjual mereka, dimana bermula 17 Jun 2021 ini, para pengguna yang membeli-belah di platform itu tidak lagi boleh memilih syarikat kurier penghantar untuk pembelian mereka.

kurier shopee

Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem. Shopee mengatakan langkah ini akan meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.



Berbeza dengan hari ini, pengguna sekadar akan diberikan pilihan standard delivery, economy delivery dan juga lain-lain.

Pilihan untuk syarikat kurier akan dilakukan pada bahagian latar tanpa pengetahuan pengguna, dan juga berdasarkan tetapan oleh sesuatu kedai penjual pada platform berkenaan.

Dengan langkah ini juga, ia mungkin akan terus membolehkan Shopee secara tidak langsung mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express atau dinamakan Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi, selain turut menghilangkan jenama lain daripada dipaparkan dimata pengguna.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here