Majlis kahwin pandu lalu gara-gara lockdown di Indonesia

1502

Pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) di Indonesia menyebabkan rakyat negara itu menggunakan konsep majlis perkahwinan secara pandu lalu.

Konsep pernikahan yang tular di media sosial itu dianggap unik dan merupakan penyelesaian kepada mereka yang mahu bernikah ketika PPKM.



Video menggunakan kaedah pandu lalu itu dimuat naik oleh akaun TikTok @rms_bwi.

@rms_bwi

 

♬ Kebogiro (Original Mix) – Sugiarti & Sugiarti

Menerusi video itu, tetamu mengunjungi majlis menaiki motosikal dan masuk ke dalam dewan menerusi laluan yang sudah disediakan. 

Tetamu memasukkan sampul duit ke dalam kotak yang disediakan kemudian melalui pentas pelamin manakala pihak majlis menghulurkan makanan yang sudah dibungkus.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah ditonton lebih 1.6 juta kali dan warga maya  meninggalkan komen serta bersetuju dengan kaedah pernikahan itu.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here