4 tip jaga cat kereta supaya sentiasa nampak macam baru

4094

Hutang tak habis bayar lagi tapi dah kereta dah nampak buruk sebab cat bercapuk. Sebab jadi begini mungkin berpunca dari tak menjaga cat kereta. Dibawah adalah tip jaga cat kereta. 

Bagi yang menggunakan kereta baru atau baru mengecat kereta jaga lakukan tip penjagaan cat kereta seperti berikut agar perkara yang sama tidak berlaku.

4 tip penjagaan cat kereta

Ramai antara kita tidak tahu sebenarnya air hujan yang terkena kepada kereta kita punca utama warna cat kereta cepat pudar.



Ini kerana air hujan mempunyai asid yang boleh mengakis ‘Clear Coat’ atau ‘Chrome’ pada kereta kita, malah sikap kita yang malas cuci kereta kerana musim hujan sebenarnya merupakan satu punca kepada semua ini.

1. Cuci kereta terutama lepas hujan!

Cuci kereta?! Kan hujan…Bila hujan mesti rasa malas nak cuci kereta. Ye lah sebab hujan kan. Nanti kotor semula bila kena air hujan. Rugi je. Baik tak payah cuci bila terkenangkan esok mesti hujan lagi. Tapi jangan tewas dengan godaan makhluk itu untuk membuatkan anda lebih malas!

Sebenarnya air hujan adalah berasid dan boleh menghakis clear coat dan juga cat atau chrome pada kereta. Bukanlah berlaku dengan pantas, tapi tak baik untuk jangka masa panjang. Jadi lepas hujan, elok kita tembak air paip kat kereta untuk bilas air hujan yg melekat lagi.Tip Jaga Cat Kereta

Kalau tuan empunya kereta tu kena hujan, dah balik rumah mesti nak mandi cepat-cepat kan. Takut nanti demam kata orang tua. Macam tu juga kereta. Lepas dah kena hujan, elok dimandikan lagi.

Perkara basic, apa-apa je benda yang kotor, kita mesti bersihkan atau cuci. Betul tak?

Bila anda cuci kereta, lagi bagus guna shampoo. Pastikan shampoo yang dikhaskan untuk kereta sahaja ya!. Amaran keras ni! Jangan guna sabun cuci baju atau sabun cuci pinggan sudah.

Logiknya di sini, lepas anda makan nasi dengan tangan, lauk masak lomak cili api tu, cuci tangan tanpa sabun, kan berbeza dengan cuci tangan dengan sabun. Mana lagi bersih dan suci?

2. Wax kereta setiap beberapa bulan

Tip Jaga Cat Kereta

Tak kisah lah nak guna wax yang mahal atau yang dalam bajet anda. Nak buat DIY beli wax kereta kat hard ware pon boleh je. Janji kita wax kereta tu sebagai protection. Protect dari apa? Wax layer ni tujuan nya untuk protect cat antaranya dari hujan asid.

Kotoran pun tak mudah lekat pada cat sebab wax ni dah melicinkan permukaan cat. Bila sentuh pun lembut je macam kulit baby lah konon nya.. Very smooth feeling bila dah wax kereta.

Lebihkan sikit kat area yang permukaan rata. Biasanya permukaan rata ni menakung air. Bila dah licin dengan wax nanti, mudah air nak jatuh dan tak bertakung sangat. Maka takde lah ‘watermark’ bila air tu kering nanti.

3.  Bersihkan rims dan tayar kereta

Tembak lah air kat rim dan tayar tu bagi bersih skit. Hujan-hujan ni dengan pasir, lumpur, jangan dibiarkan je. Rims, brake dan disc brake pon perlu dibersihkan selalu. Kalau tembak air pun malas, lagi cepat karat lah benda tu nanti. 2 minggu sekali bersihkan minyak-minyak yang melekat pada rims, barulah nampak rims berkilat.

4. Lap kereta dengan kain khas untuk kereta

Gunakan kain microfiber yang lembut untuk lap kereta anda. Microfiber ni ada banyak jenis. Kain lap kaki pun ada. Pilih lah kain yang sesuai. Kain tu kalau dah lama tak guna, dah jadi kain buruk, baik jangan guna lagi.

Kain yang lama akan jadi keras dan akan perangkap habuk pasir. Nanti lap kereta akan ada calar-calar halus, lagi sakit hati kang.

Siapkan beberapa kain berasingan dan khaskan mengikut tujuan digunakan;

Kain microfibre untuk body kereta.
Kain/span untuk wax body kereta.
Kain untuk rims atau untuk sapu bahan pengilat tayar.
Kain bersih untuk bahagian dalam / interior kereta.
Kain microfire untuk cermin kereta.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here