“Dapat pelbagai hadiah tak terduga, sekali lampu, rim, tayar, wiper ada cat hijau,” pemilik Perodua Kelisa

138

Seorang wanita berkongsi reviu dalam bentuk sindiran selepas mendapatkan perkhidmatan semburan cat pada Perodua Kelisa miliknya. 

Pengguna akaun Facebook, Nora Firdaus berkongsi dia berjaya mendapatkan promosi raya cat badan pada harga RM1,000.



Pakej tersebut melibatkan simen, gosok, kod primer, cat satu lapisan, clear dua lapisan dan polish dengan anggaran siap selama 10 hari. 

Bagaimanapun, mimpi buruk bermula selepas Nora mendapatkan kenderaannya yang mana dia mendapat pelbagai hadiah tidak terduga daripada hasil kerja bengkel tersebut.

Selain lapisan cat yang tidak kemas, semburan warna hijau turut boleh dilihat dengan jelas pada beberapa komponen lain misalnya lampu, rim, tayar, wiper, ekzos dan cermin.

“Wiper cat hijau ini rare, dua tayar hijau belah kiri, sport rim hijau belah kiri.

“Empat cermin tingkap semua ada extra spray hijau (macam ala-ala mural gitu sgt creative).

“Bahagian nak masuk kunci pun hijau, ini kalau mlm kita kena pakai niat cari kedudukan nak masuk kunci tu sebab color sama.

“Untuk visor pintu free spray hijau juga tanpa buang gam lama. Mata kasar nampak mural timbul,” tulisnya.

PERLU BAYAR RM500 POTONG ‘Q’

Bahkan, pihak bengkel juga menggunakan cat hitam pada bahagian bumbung walaupun pemilik meminta satu tona warna. 

Lebih mengecewakan, cat pada beberapa bahagian kenderaan tersebut juga menggelupas kurang daripada tempoh 24 jam selepas diambil dari bengkel.

“Mula menunjukkan penuaan dan pengelupasan secara berperingkat.

“Material cat jenis matte metallic dan ada pearl kasar-kasar sikit bila pegang,” tulisnya.

Selain itu, Nora menjelaskan pelanggan perlu mengikut giliran dan perlu membayar RM500 jika mendahului. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here