Chery Auto Malaysia buka tempahan Tiggo 7 Pro, harga RM130k

124

Selepas Omoda E5, Chery Auto Malaysia (CAM) memperkenalkan Chery Tiggo 7 Pro pada harga anggaran RM130,000 dan tempahan dibuka bermula hari ini.

Presiden Chery Malaysia, Leo Chen berkata Tiggo 7 Pro merupakan sebuah SUV 5-tempat duduk untuk keluarga kecil yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan serta golongan muda yang inginkan pengembaraan dan teknologi.



Tiggo 7 Pro didatangkan dengan enjin 1.6 liter TGDi 4-silinder yang menghasilkan kuasa 197hp dan tork 290Nm dengan transmisi automatik dua klac 7-kelajuan bersama pacuan roda depan (2WD).

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 8.3 saat yang dipadankan dengan mod pemanduan Eco, Sport dan Normal. Di atas kertas, pesaing Proton X70 itu merekodkan kecekapan bahan api 7.0l/100km.

Kembara bersama Tiggo 7 Pro semakin menyenangkan menerusi tawaran bumbung suria, kawalan jauh penghidup enjin, enam peringkat pelarasan elektrik kerusi pemandu, empat peringkat pelarasan elektrik kerusi penumpang depan, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dua skrin berkembar 24.6-inci, 8-pembesar suara Sony serta kamera panorama 540 darjah definisi tinggi.

Selain itu, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan  pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif yang meminimumkan suhu panas telefon ketika pengecasan.

Manakala, keselesaan pemanduan diserahkan kepada topang McPherson (depan) dan multilink independent (belakang) bersama rim bersaiz 18-inci.

Daripada segi dimensi, Chery Tiggo 7 Pro memiliki panjang 4,500mm, lebar (2,710mm) dan jarak roda 2,670mm. 

Seperti mana Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, SUV baharu ini juga bakal dipasang tempatan (CKD) di kemudahan Chery yang didatangkan dengan pilihan warna badan Bloodstone Red dengan bumbung hitam, Carbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White dengan bumbung hitam.

Demi ketenangan minda pemilik, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu 2.5 (ADAS 2.5) merangkumi :

  • Front Collision Warning (FCW), Multi Collision Brake (MCB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Door Open Warning (DOW)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Lane Departure Prevention (LDP), Lane Departure Warning (LDW), Lane Change Assist (LCA)
  • Blind-spot Detection (BSD)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assistant (TJA)
  • Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Emergency Lane Keeping (ELK) 

Untuk anda yang ingin melihat dengan lebih dekat, SUV itu akan dipamerkan di semua pusat pameran Chery seluruh negara bermula April 2024 manakala penghantaran kenderaan bermula hujung Mei depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here