Chery Tiggo 8 Pro lancar pada harga RM159k, pesaing baru Proton X90

514

Chery Tiggo 8 Pro rasmi dilancarkan pada harga RM159,800. Kemunculan SUV tersebut menandakan kemasukkan semula jenama Chery ke pasaran tempatan.

Buat masa ini, Chery tidak menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan bahkan melakukan langkah berani dengan melakukan pemasangan tempatan (CKD) bagi dua model baru di kemudahan Inokom di Kulim, Kedah.



Tiggo 8 Pro pasaran lokal merupakan versi terkini yang dipasarkan di China, menggunakan nama Tiggo 8 Pro Max.

Pesaing kepada Proton X90 itu dijana oleh enjin 2.0 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 256hp dan tork 390Nm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi dual klac 7-kelajuan.

Berikut informasi ringkas tentang Chery Tiggo 8 Pro:

  • Tiga pilihan mod pemanduan Eco, Normal dan Sport
  • Reka bentuk gril galaxy baharu
  • Lampu depan dan belakang serta lampu nyala siang (DRL) jenis LED 
  • Rim bersaiz 19-inci bersama tayar 235/55
  • Dilengkapi lapan pembesar suara dengan sistem audio Sony
  • Kluster meter disatukan bersama skrin infotainmen dengan saiz keseluruhan 24.6-inci
  • Sistem infotainmen dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kerusi depan didatangkan dengan fungsi ventilasi/pemanas serta ciri memori bagi kerusi pemandu
  • Tersedianya kamera undur dan bumbung suria
  • Selain pengecas tanpa wayar, di bahagian depan disediakan dua slot USB dan satu slot USB serta satu slot Type C buat penumpang baris kedua

Chery Tiggo 8 Pro didatangkan dengan ciri keselamatan standard Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek (BA) dan Sistem Ambil Alih Brek (BOS), Program Kestabilan Elekronik (ESP) dan Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Penghidup Bukit (HAC), Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan Kawalan Turun Bukit (HDC). 

Selain itu, turut ditawarkan peralatan lengkap ADAS misalnya lane departure warning/keeping (LKS), pengesanan titik buta (BSD), amaran buka pintu (DOW), amaran trafik belakang (RCTA), kawalan kruise adaptif (ACC) dan amaran perlanggaran depan (FCW) bersama brek auto (AEB). 

Daripada segi dimenasi Tiggo 8 Pro memiliki panjang 4,722 mm dan lebar (1,860 mm), yang mana lebih pendek 108mm berbanding Proton X90. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here