Proton X90: Segalanya tentang SUV ini!

1403

Hampir sebulan Proton X90 dibuka tempahan, akhirnya SUV paling besar dalam keluarga ‘X’ dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia.

Majlis pelancaran X90 lebih bermakna buat jenama Proton, kerana ia dilancarkan sempena ulang tahun ke-40 jenama itu sejak ditubuhkan pada tahun 1983.

Mungkin huruf ‘X’ kali ini turut bermakna dan sesuai buat SUV itu. Ini sinonim dengan huruf X kerana ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Untuk model itu, ia menggunakan rangkaian kuasa yang berlainan berbanding keluarga X yang lain. Ia dipadankan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus dengan gabungan unit rangkaian kuasa hibrid ringkas 48-volt (MHEV). Ia mampu menyalurkan 190 PS dengan bersama tork mencecah 300 Nm.

Ini fakta penting yang anda kena tahu tentang Proton X90

  • Dimensinya sama model pendermanya iaitu Houyue dan Okavango yang berukuran panjang 4,835 mm dan lebar 1,900 mm serta jarak roda sejauh 2,815 mm.
  • Jika dibandingkan dengan X70, X90 memiliki dimensi lebih panjang sehingga 316 mm, 69 mm lebih lebar dan jarak roda tambahan 145 mm.
  • Tampil rekaan jeriji “diamond” krom seperti rekaan gril Mercedes-Benz, selain hadir identiti Proton elemen busur panah.
  • Memiliki lampu isyarat sequential yang terletak pada perumah lampu utama berada dalam jalur yang paling bawah dalam unit berkenaan. 
  • Proton X90 pula menggunakan sistem gantungan bebas jenis multilink yang lebih jitu. Ia untuk memberi kesesuaian dengan gaya pemanduan masyarkat Malaysia.
  • Proton X90 ditawarkan dalam empat varian membabitkan 1.5 TGDi BSG Standard, BSG Executive, BSG Premium and BSG Flagship.
  • Model Standard hingga Premium ditawarkan konfigurasi tujuh-tempat duduk, manakala enam-tempat duduk untuk varian Premiun.
  • Skrin infotaimen bersaiz 12.3-inci pada bahagian tengah, cuma ia tidak boleh disambung dengan Apple Car Play dan Android Auto. Bagi pemandu pula menerima paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10-inci.
  • Konsol tengah hadir dengan tombol gear segi empat, butang pilihan mod pemanduan (Eco, Comfort dan Sport), brek parkir elektronik bersama fungsi auto hold, serta butang untuk sistem bantuan turun bukit dan sensor parkir hadapan.
  • X90 hadir dengan tujuh port mengecas terdiri dari port USB Type A, Type C dan pengecas tanpa wayar. Semua baris tempat duduk menerima port pengecas masing-masing.
  • Hadir dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), cuma X90 menerima tiga lagi ciri baharu iaitu Amaran Pelanggaran Belakang, Amaran Lintasan Trafik belakang dan juga Informasi Tanda Trafik yang boleh membaca tanda-tanda trafik di jalan raya.
  • Memiliki dua cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix di belakang, bantuan Auto Park, kamera 360 darjah dengan imej 3D serta sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).

Perbezaan Proton X90 mengikut varian

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here