Proton X90 rasmi lancar, 4,000 terawal dapat pakej istimewa, harga mula RM123k

1030

Proton rasmi memperkenalkan SUV X90 pada ulangtahun ke-40 penubuhannya hari ini di Mitec, Kuala Lumpur.

Pelancaran Proton X90 bukan sahaja SUV ketiga di bawah syarikat nasional itu bahkan merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat. Ada empat varian iaitu:

  • Standard (7-kerusi): RM123,800
  • Executive (7-kerusi) : RM130,800
  • Premium (7-kerusi) : RM144,800
  • Flagship (6-kerusi) : RM152,800

Ini menjadikan X90 model termurah dalam kalangan pesaingnya seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (RMRM177,674) dan Hyundai Santa FE.



“Melangkah ke depan, misi kami menyediakan penyelesaian mobiliti kepada pelanggan di samping membantu membangunkan industri automotif negara, tetapi kami akan meneroka segmen baharu yang sejajar dengan aspirasi kerajaan dan perubahan permintaan pengguna apabila mula beralih kepada NEV.

“Proton X90 adalah langkah pertama kami ke arah melaksanakan strategi baharu ini dan terdapat banyak lagi produk dalam perancangan kerana Proton ingin meningkatkan kehadiran dalam segmen pasaran baru,” kata Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal.

ENJIN 1.5L

SUV segmen-D itu menggunakan rangkaian kuasa hibrid 48-volt (MHEV) yang turut digunakan pada Geely Okavango pasaran Filipina.

Ia kemudian dipadankan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo dan unit penghidup generator pacuan tali sawat (BSG) yang menghasilkan kuasa 190PS dan tork 300NM. Janakuasa yang dipasang di kemudahan Proton Tanjong Malim itu turut digunakan pada X50 dan X70. 

Kuasa hibrid 48V menawarkan sokongan tambahan 13PS dan 45Nm, sekaligus menjadikan ia pilihan kuasa lebih tinggi bahkan jimat bagi SUV tiga barisan kerusi.

Kemudian janakuasa itu dipadankan dengan transmisi dua klac 7-kelajuan. Rangkaian kuasa itu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 15 peratus berbanding enjin 1.5 TGDi.

Selain itu, SUV tersebut didatangkan dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport.

REKAAN

Perbezaan Proton X90 dengan model rebadge Geely Haoyue dari China hanyalah pada gril depan dan tentunya logo harimau.

Menurut Proton, rekaan depan mengetengahkan elemen busur ethereal dan infinite weave yang tidak pernah ditawarkan pada model Proton sedia ada.

Sentuhan rekaan acah berlian dengan warna krom pada gril membuatkan ia mirip Mercedes Benz. Ini menjadikan penampilan versi Proton lebih menarik berbanding Geely.

Proton menggunakan lampu LED penuh pada bahagian depan dengan teknologi projektor LED. Rekaan rim 19-inci pula diambil daripada model facelift Geely Haoyue (2023).

Sementara, rekaan bahagian belakang adalah versi lama Haoyue. Bukannya menggunakan rekaan Haoyue facelift yang menerima kemaskini pada lampu belakang, kemasan jalur tengah dan bawah bampar.

Dimensinya pula sama dengan Houyue dan Okavango menerusi panjang 4,835mm, lebar (1,900mm) dan jarak roda sejauh 2,815mm.

Sebagai perbandingan, X90 lebih panjang 316mm, lebar (+69mm) dan jarak roda (+145mm) berbanding X70. 

Selain itu, Proton X90 mendapat sistem suspensi belakang lebih bagus berbanding Haoyue yang menggunakan multilink independent.. 

KABIN

Bentangan kabin sama dengan versi Geely Hoayue yang membezakannya adalah pemanduan sebelah kanan.

Kualiti binaan juga agak bagus yang mana bahagian tengah menerima kemasan kulit lembut dengan jahitan benang memberikan rasa premium. Bahagian atas papan pemuka pula merupakan material plastik lembut manakala di sebelah pemandu plastik keras.

Unit infotainmen varian flagship Proton X90 bersaiz 12.3 inci iaitu terbesar dan paling canggih yang terdapat dalam kenderaan Proton. Ia juga didatangkan dengan pemprosesan EO2. Sayangnya tiada ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

KESELAMATAN

Selain itu, keselamatan diletakkan di senarai teratas bagi model ini dengan ciri-ciri baharu seperti:

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang mengesan kenderaan yang mendekati semasa mundur menggunakan sensor radar belakang
  • Rear Collision Warning (RCW) yang memberi amaran kepada pemandu tentang kemungkinan perlanggaran dari belakang.
  • Traffic Sign Information (TSI) yang mengesan dan memaparkan tanda-tanda jalan raya dan banyak lagi.

WARANTI

Proton X90 didatangkan dengan jaminan standard 5-tahun bersama perbatuan tanpa had, 5-tahun data pakej 1GB bulanan, 6-kali caj buruh percuma dan faedah pinjaman 2.1 peratus.

Di samping itu, 4,000 pemilik X90 terawal akan menerima pakej 5-tahun data 4GB bulanan, Proton X-Warch bernilai RM1,499, Pakej Aksesori bernilai RM779 dan Program naik taraf insurans Proton. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here