#Spyshot: Proton X90 jalani ujian enduran maksimum hingga rosak di bahu jalan

964

Sebelum ini beberapa imej intip Proton X90 dikesan sedang menjalani ujian enduran sebelum rasmi dilancarkan di pasaran tempatan.

Misalnya tahun lalu SUV tersebut dikesan di Genting Sempah, Pahang dan pertengahan tahun ini model berasaskan Geely Hoyue dilihat dipandu di Lebuhraya NKVE.



Terkini, rakan media Funtasticko berkongsi imej model akan datang Proton berkenaan berhenti di bahu jalan.

Jarang sekali kita boleh melihat model ujian berhenti di bahu jalan dengan hud depan terbuka. Dipercayai SUV tersebut mengalami masalah teknikal.

Pada imej itu juga boleh dilihat seorang individu berada di depan bahagian enjin melakukan pemeriksaan yang mana berkemungkinan salah seorang penguji dari unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Proton.

Sementara, di bahagian belakang model tersebut terdapat sebuah Mazda CX-9 yang mungkin dijadikan kenderaan perbandingan bagi sesi ujian berkenaan.

Lokasi kejadian tidak dimaklumkan bagaimanapun menerusi imej itu boleh dikatakan Proton melakukan ujian enduran secara maksimum sebelum dilancarkan tahun depan.

Geely Hoyue diposisikan di atas Boyue (Proton X70) yang mana memiliki panjang 4,835mm (+316mm lebih panjang daripada X70), lebar 1,900mm (+69 mm), tinggi 1,785mm (+91 mm) dan jarak roda 2,815mm (+145mm).

SUV tersebut dijana enjin 1.5 liter turbo DVVT 3-silinder dan dipadukan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V berkuasa 190hp @5,500rpm dan tork 300Nm @ 1,500-4,000rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here