Honda Civic EG EV: 250hp/440Nm dengan 5 kelajuan manual

691

Jika lihat dari luaran, tiada siapa sangka bahawa jentera ini sudah pun memiliki rangkaian baharu iaitu menggunakan motor elektrik.

Namun ada sesetengah pendapat, menggunakan motor elektrik pada jentera ‘lejen’ ini, adalah satu pembaziran.



Tetapi ini satu perubahan untuk mengikuti peredaran semasa yang mana banyak pengeluar automotif buat masa ini bertukar kepada teknologi baharu dari segi rangkaian kuasa.

Apa yang diubahsuai pada Honda Civic EG ini oleh ECU Shop Bangkok, ini adalah satu revolusi dalam dunia automotif.

Menariknya dengan Honda Civic EG ini, pengalaman pemanduannya masih lagi sama dengan kereta biasa. Ini kerana ia mempunyai gear sequential  dengan lima kelajuan.

Malah sebelum untuk menukar gear itu, pemandunya juga perlu menekan klac seperti kenderaan manual biasa. Menarik bukan?

Bagi rangkaian kuasanya, ia memilik kuasa maksimum sehingga 250hp dengan tork setinggi 440Nm. Kuasa itu adalah gabungan tiga motor elektrik yang dicantumkan bersama.

Seperti Civic EG biasa, kuasa daripada motor elektrik itu disalurkan ke roda hadapan yang memberi keunikan kepada jentera hatchback itu.

Meter kelajuannya juga masih menggunakan yang konvensional, yang mana mempunyai meter RMP dan km/j.

Sementara itu, pek bateri diletakkan di bahagian belakang kereta untuk memberikan pengagihan berat yang lebih baik. Jurutera ECU Shop turut membangunkan sistem mereka sendiri untuk memastikan pek bateri sejuk.

Saksikan Video Ini

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here