Meriah! 349 pemilik Ducati di Malaysia menyambut acara ‘We Ride As One’

562

Seperti tahun lalu, pada Mei adalah hari yang dinantikan pemilik motosikal Ducati di seluruh dunia untuk aktiviti ‘We Ride As One’.

Peminat dan pemilik Ducati akan berkumpul di semua pusat pengedar jenama itu sebelum menunggang dan melakukan aktiviti yang dirancang bersama.

Acara itu menyaksikan penyertaan lebih 13,000 peminat Ducati di lokasi ikonik yang berbeza di lebih 40 negara di seluruh dunia.



Ini adalah sebahagian daripada aktiviti We Ride As One yang turut diadakan di London, Dublin, Madrid, Tokyo, Avignon, Munich, Shanghai, Dubai, Rio de Janeiro, Milan, New Delhi, Bangkok, Amsterdam, Brussels, Sidney dan bandar lain di seluruh dunia.

Ia adalah edisi kedua yang dilakukan pada tahun ini, selain Kelab Rasmi Ducati (DOC) akan berganding bahu bersama pengedar tempatan dan merancang mengikut kesesuaian program di sesebuah negara itu.

Malaysia juga tidak ketinggalan, apabila sejumlah 349 penunggang Ducati di negara ini menyertai acara berkenaan.

Ia membabitkan di beberapa lokasi seperti Petaling Jaya dengan 77 penyertaan, Sungai Buloh (14), Kuala Lumpur (58). Sementara negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dengan jumlah 200 penunggang.

Galeri Gambar ‘We Ride As One’ Di Malaysia

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here