
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah BMW X5 yang dipandu warga negara China di KM 1, Jalan Desa Aman–Batu Putih, Kulim, pada Sabtu.
Menurut kenyataan pada Isnin, pemandu berkenaan didapati tidak Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.
“Susulan itu SUV berkenaan disita oleh anggota penguat kuasa JPJ Stesen Penguat Kuasa Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.
“JPJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan tanpa mengira jenis atau nilai kenderaan. Setiap pemandu wajib memiliki lesen yang sah sebelum memandu di jalan raya,” jelasnya.





























