Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Edisi Ulang Tahun ke-30 kini di pusat jualan, harga RM208,800

342

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan supersport perdana CBR1000RR-R Fireblade SP Edisi Ulang Tahun ke-30.

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP dengan warna badan eksklusif Pearl Glare White itu dijual pada harga RM208,800 (tanpa insurans). BSH menawarkan waranti  2-tahun atau perbatuan 20,000km. 

Berikut kemas kini yang didatangkan pada edisi berkenaan:



  • Penampilan luaran diserlahkan dengan rim berwarna emas, logo HRC baharu dan padanan warna badań ikonik meraikan aniversari ke-30
  • Gegancu belakang daripada gigi 40 ke 43 meningkatkan pecutan melalui gear dalam julat pertengahan sementara mengekalkan output rpm tinggi
  • Kotak udara dan corong intake direka semula bagi melancarkan aliran 
  • Beban spring Throttle By Wire (TBW) dikurangkan, untuk kelinearan dan tindak balas yang lebih baik ketika pembukaan
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) dikemaskini bagi menawarkan kuasa, cengkaman dan fiil terbaik kepada penunggang
  • Tiga mod tunggangan melaraskan kuasa, brek enjin, kawalan wheelie dan HSTC mengikut kesesuaian 
  • Nombor siri setiap motor diukir dengan laser pada yok atas
  • Logo ’30th Anniversary’  boleh dilihat pada penutup tangki bahan api, fob Kunci Pintar dan ukiran pada muffler Akrapovic

CBR1000RR-R Fireblade SP dijana oleh enjin 4-silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 159Kw @ 14,500rpm dan tork 113Nm @12,500rpm .

Enjin tersebut menggunakan susun atur lejang pendek dan dilengkapi dengan tren gear separa cam, con-rod titanium dan teknologi pengurangan geseran dalaman RC213V-S untuk mencapai prestasi yang memberangsangkan.

Ciri peralatan lain termasuklah frem bentuk berlian aluminium, lengan ayun gaya RC213V-S, Unit Pengukuran Inersia (IMU) enam paksi dan Peredam Stereng Elektronik Honda (HESD) 3 peringkat – tidak berubah.

Kualiti suspensi lumba dibekalkan oleh Öhlins Smart Electronic Control dan brek dekan/belakang daripada Brembo. 

BERAPA BAYARAN BULANAN

Harga supersport tersebut adalah RM208,800. Sekiranya pemilik menerima tawaran faedah pinjaman sebanyak 4.5 peratus, ansuran bulanan sekitar RM2,275 dengan jumlah pinjaman RM167,000. 

Ini bermakna pelanggan perlu membayar deposit kira-kira 20 peratus iaitu sekitar RM41,760. 

Berikut anggaran ansuran bulanan mengikut tahun pinjaman:

  • 5-tahun: RM3,065
  • 6-tahun: RM2,604
  • 7-tahun: RM2,275

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here