Honda CBR1000RR Fireblade SP – Spesis Motor Lumba Halal Di Jalanraya

1069

Kepada pembaca Motoqar, jangan keliru. Ini bukannya model CBR1000RR-R SP 2020. Paparan kami kali ini adalah model CBR1000RR Fireblade SP 2019. Bagi kami inilah spesis motor “lumba halal” digunakan di jalan raya.

Kami sebelum ini pernah menguji model CBR1000RR Fireblade. Pengamatan kami terhadap jentera tersebut cukup kuat dan canggih. Ternyata perhitungan kami silap. Rupa-rupanya CBR1000RR Fireblade SP lagi bertenaga dan mantap

Kawasaki, Yamaha, BMW, Aprilia dan Ducati telah memperagakan jentera terkini mereka. Semua produk tersebut dilengkapi pelbagai jenis instrumen yang canggih. Honda turut terlibat dalam kancah tersebut.

Kita dikejutkan dengan produk terkini dari Honda iaitu Honda CBR1000RR-R SP 2020. Jelas persaingan di dalam kelas yang sama cukup hebat diantara pengeluar-pengeluar motosikal.

Berbalik pada Honda CBR1000RR Fireblade SP, sebuah jentera pantas serta stabil. Jentera mewah dengan teknoloji Honda terkini.

Hampir 1 tahun 1 bulan menunggu, barulah motoqar berpeluang menguji jentera yang dikatakan hebat dan berdaya saing.

Banyak kelebihan tersedia di CBR1000RR Fireblade SP. Pandangan motoqar harga yang ditawarkan RM114,999 amat relevan dengan instrumen yang ada.

Kepada mereka yang berjiwa kelajuan,jentera ini merupakan pilihan tepat. Buat kami motosikal ini agak tinggi sedikit serta kedudukan Hendal Bar jauh ke depan dan ke bawah,itu lah sifat Superbike.

Kaki pecut gerenti jatuh cinta dengan jentera Spesies lumba yang halal di jalanraya.

Info Perlu Diketahui Sebelum Menunggang Honda CBR1000RR Fireblade SP.

Tersergam skrin TFT yang boleh bertukar warna mengikut keadaan cuaca bersaiz sederhana, sama seperti CBR1000RR Fireblade memaparkan segala info kepada penunggang.

Rutin kami sebelum menguji motosikal beberapa info yang mustahak selalu menjadi perhatian, info tentang Gear, Kelajuan dan Rpm.

Isu yang akan memeningkan penunggang. Tiada penunjuk bahan bakar (minyak). Sedangkan info tersebut teramat mustahak ketika menunggang khasnya pada jarak jauh.

Sepanjang kami melakukan ujian,sengaja kami tidak menambah minyak walaupun perjalanan hampir 200km dengan pecutan minima 160km/j dan maksima 250km/j. Tujuan untuk mengetahui apakah tindak balas CBR1000RR Fireblade SP apabila bahan bakar tidak mencukupi.

Terjawab teka-teki di minda kami, lambang minyak berwarna kuning terpapar di TFT beserta jumlah jarak maksima motosikal mampu bergerak beserta kadar kelajuan yang relevan.

CBR1000RR Fireblade SP adalah jentera Honda yang pertama menggunakan Suspensi Kawalan Pintar Elektronik Öhlins. Bermaksud suspensi dikawal sepenuhnya oleh eletronik.

Bukan setakat suspensi malahan Peredam Stereng(damper ) juga diaktifkan melalui sistem eletronik.

Rim depan dan belakang berwarna keemasan tampak menarik. Brek Brembo dengan kaliper monobloc di depan. Sementara di belakang tersedia Nissin dengan cakera tunggal.

Tempat duduk(seat) dan pemijak kaki(foot pad) tunggal. Jelas menunjukkan motosikal ini sofistikated.

Menunggang CBR1000RR Fireblade SP.

Menunggang CBR1000RR Fireblade SP cukup berbeza. Pengalaman memainkan peranan dalam mengawal motosikal yang berprestasi serta meledakkan kuasa begitu pantas. Otai sekalipun harus mengenal sifat dan karekter motosikal ini.

Pengetahuan asas serta tindakbalas sistem eletronik perlu dihadam sebelum menunggang jentera yang berprestij lengkap dengan ‘Quick Shifter’.

Ruang hendal bar terhad jika ingin membuat pusingan. Penunggang lebih selesa dengan tempat duduk tunggal,ruang untuk bergerak kedepan dan belakang luas.

Andai terniat untuk mengharungi kesesakan trafik di bandar, bukanlah satu idea yang bijak dengan motosikal ini.

Penetapan Mod tunggangan mestilah tepat. Kenyataannya motosikal ini akan menyalurkan serta memberi tindakbalas bersesuaian permintaan penunggang.

“Biar Kita Kenal Motosikal”, itu yang pernah diluahkan oleh Otai permotoran. Maksudnya kekerapan menunggang akan memeberikan impak positif dari segi pengendalian serta kecekapan penetapan instrumen eletronik.

Minyak dan sistem eletronik bertindak seiringan. Inilah kombinasi sistem manual dan eletronik. Tindakbalas terbentuk setelah pendikit (Throttle) dipulas secara perlahan-lahan.

Enjin Dan Prestasi

Enjin 4 lejang 998cc,DOHC 4 injap dengan penyejukkan cecair. Memang power superbike ini. Mampu mengeluarkan kuasa sehingga 189hp @13,000rpm dan tork 114Nm @11,000rpm.

Tiada rasa belas kasihan,ergonomiknya mantap. Fikir dulu sebelum melakukan pecutan. Jentera lumba yang halal dijalanraya bukan sebuah motosikal santai. Pendikit sudah dipulas, perginya diluar kotak fikiran Anda.

Keunggulannya menerusi transmisi klac manual 6 kelajuan. Dengan bantuan anjakan Quick Shifter Downshift Assist, menjimatkan masa semasa penukaran dari gear tinggi ke gear rendah.

Kuasa Power Selector.Harus diingat pemilihan kuasa mestilah bersesuaian dengan permukaan jalanraya.Kuasa yang dilontarkan oleh superbike ini cukup pantas.

Ciri Keselamatan

Tidak dinafikan CBR1000RR Fireblade SP sebuah jentera yang pantas, namun dari aspek keselamatan Honda mengekalkan imej “Rugged But Smart.”

Kenyataan ini dibuktikan dengan kombinasi Sistem brek Manual dan Eletronik. Brembo dengan dwi cakera didepan dan Nissin dengan cakera tunggal di belakang bertindak secara manual.

Sistem brek diperhebatkan lagi dengan ABS. Respon ABS yang terdapat pada CBR1000RR Fireblade SP agak kurang. Ianya bertujuan meningkatkan tekanan brek apabila sistem berfungsi.

Selectable Enjin Brake(SEB). Canggihnya sistem ini dimana penunggang boleh memilih tahap enjin brake. Ujian yang kami lakukan, terbukti SEB membantu mengurangkan kelajuan secara ekstrim.

Kawalan dan Keselesaan

Head Eletronic Steering Damper (HESD). Peredam Stereng (damper) yang dikawal sepenuhnya oleh eletronik. Tiada kerisauan buat mereka yang baru berjinak dengan dunia Superbike.

HESD akan bertindak mengikut gaya tunggangan. Respon yang cukup bagus sewaktu pecutan ialah kestabilan hendal bar. Impak yang positif serta menambah keyakinan penunggang.

Bukan setakat itu saja, penunggang juga di beri 3 pilihan Mod. Jalanraya, Trek dan Selekoh. Semuanya bergantung mengikut kesesuaian . Setiap mod hanya memakan masa 0.5 saat untuk penukaran.

Suspensi Ohlins depan dan belakang yang diaktifkan sepenuhnya oleh Eletronik. Tidak perlu lagi penunggang mencari pakar bagi penetapan suspensi.

Secara keseluruhan motoqar rumuskan Honda CBR1000RR Fireblade SP merupakan sebuah jentera yang lengkap serta strateji.

Lengkap yang dimaksudkan ialah tersedia dengan pelbagai instrumen canggih.

Sementara strateji pula ialah terhidang dwi pilihan. Samada pengunaan di litar atau jalanraya biasa.Tidak perlu membazirkan wang bagi penambahan aksesori.

Honda CBR1000RR Fireblade SP bukan kaleng-kaleng jentera untuk dicabar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here