Pekerja BMW di Munich disahkan positif virus Corona

1719

Bilangan orang yang disahkan positif virus Corona di Jerman meningkat kepada 150 mangsa pada hari Isnin, dari 129 orang pada hari Ahad. Antara kes terbaru yang disahkan adalah seorang pekerja BMW dari Pusat Penyelidikan dan Inovasi (FIZ) di Munich.

Pekerja BMWLelaki itu disahkan positif mengidap SARS-CoV-2 Coronavirus yang menyebabkan penyakit yang lebih dikenali sebagai COVID-19.

Jurucakap BMW mengesahkan berita itu pada hari Isnin dan mengatakan pekerja itu tidak melakukan perjalanan ke mana-mana tempat. Dia berkata lelaki itu berjumpa doktor pada hari Ahad dan kini berada di hospital.



Sekitar 150 pekerja pusat pembuat kereta R&D di Jerman yang bekerja bersama lelaki itu kini dikuarantin selama dua minggu. Jurucakap BMW juga berkata pejabat mereka sedang dilakukan aktiviti pembasmian kuman.

Walaupun kes ini sangant membimbangkan syarikat, BMW berkata mereka akan meneruskan operasi tanpa menggunakan sebarang sekatan.

Virus Corona telah menyebabkan gangguan besar-besaran untuk operasi pembuatan kereta yang lain di Asia. Baru-baru ini, Hyundai menutup kilang di Ulsan, Korea Selatan pada 28 Februari selepas seorang pekerja mereka didapati positif virus Corona.

Di China, banyak kilang menutup atau mengurangkan pengeluaran produk mereka. Jualan kereta juga merosot dalam pasaran kereta terbesar di dunia itu.

Tambahan pula, pameran kereta seperti Geneva Auto Show dan Beijing Auto Show telah dibatalkan berpunca dari sebab yang sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here