Sah! Geneva Motor Show 2020 dibatalkan

1204

Geneva International Motor Show 2020, yang merupakan pameran automotif terbesar  dan paling meriah setiap tahun, telah dibatalkan kerana kebimbangan penyebaran virus Corona.

Geneva Motor Show

Kerajaan Switzerland telah mengharamkan pameran yang akan menghimpunkan lebih daripada 1,000 orang sehingga 15 Mac 2020 tersebut, memaksa pihak penganjur membuat pengumuman ini. 



Geneva Motor Show merupakan tempat dimana jenama pengeluar kereta dari Eropah memperkenalkan produk baru mereka. Audi, Bentley, Fiat, Mercedes-Benz, Porsche, Volkswagen, dan Volvo sudah bersedia untuk pameran ini.

Selain itu, produk baru dari Hyundai dan Toyota juga telah bersiap sedia untuk diperkenalkan di pameran ini.

Geneva Motor Show

Biasanya, Geneva Motor Show juga menjadi tempat untuk pengeluar khusus memperkenalkan supercar dan penala terbaru ciptaan mereka.

Jenama pembuat kereta seperti Ruf, Koenigsegg, dan Pininfarina juga menggunakan pameran ini pada setiap tahun untuk mempamerkan produk terbaru mereka.

Pagani juga telah bersiap sedia untuk memperkenalkan supercar terbaru mereka iaitu Imola, sementara Rimac merancang untuk mendedahkan spesifikasi C_Two EV untuk produksi. Jenama aftermarket dari British, Apex sepatutnya memperkenalkan kereta elektrik terbaru mereka iaitu AP-0.

Pagani Imola

Mungkin ramai yang beranggapan pendedahan terbaru dari semua jemana pengeluar kereta terkemuka ini akan berpindah ke New York International Auto Show pada bulan April, bergantung kepada tahap penyebaran virus itu.

Pameran tersebut juga boleh dibatalkan jika penyebaran virus ini menjadi lebih teruk. Kita hanya perlu menunggu dan melihat apa yang akan berlaku.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here