Tiada peningkatan harga model CKD Toyota – NAP 2020

1195

Berita baik, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan kepada pelanggannya bahawa tiada perancangan di pihak mereka untuk menaikkan harga model-model CKD pada masa ini.

Awal tahun ini, Menteri Kewangan memberikan jaminan bahawa jika ada model CKD ditingkatkan harganya disebabkan ketelusan Open Market Value, kenaikan itu akan diserap sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada 2020.



Presiden UMWT, Ravindran K berkata faktor-faktor seperti kadar tukaran dan perubahan cukai boleh mempengaruhi harga. Namun setakat ini, syarikat itu akan cuba mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap kenaikannya selagi boleh.

Barisan model CKD yang kini ditawar oleh UMWT adalah Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Terdahulu sebelum ini, Honda mengumumkan kenaikan harga beberapa model CKD susulan pengumuman NAP 2020 minggu lepas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here