Harga Honda Jazz, City dan CR-V naik berkuatkuasa serta merta

4298

Honda Malaysia menaikkan harga beberapa keretanya antara lima hingga sembilan peratus, bergantung kepada model dan varian, berkuatkuasa serta merta.

Ia membabitkan tiga model iaitu Jazz, City dan CR-V.

Kenaikan harga bagi kereta Honda terpilih itu susulan semakan semula ke atas insentif khas kereta pemasangan tempatan (CKD).



Insentif khas ini berbeza daripada peraturan penilaian eksais diumumkan sebelum ini, yang dijangka tidak memberi kesan kepada harga kenderaan.

Honda Malaysia akan mematuhi sepenuhnya keperluan terkini itu. Pelarasan harga akan diseragamkan di semua 100 pengendar Honda seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here