Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga ditayang, boleh intai di acara NAP 2020

2261

Anda masih ingat Projek Kereta Nasional Ketiga atau New National Car Project (NNCP) yang diumum tahun lepas? DreamEdge telah mempamerkan prototaip NNCP itu di acara Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) semalam.

Prototaip itu walaubagaimanapun diletakkan dalam kotak yang boleh diintai di beberapa lubang sekelilingnya. Ia juga dilitupi kain hitam tetapi terdedah di bahagian bucu depan dan belakang.



Menurut DreamEdge – syarikat rundingan dan perkhidmatan kejuruteraan digital yang berpangkalan di Cyberjaya – kereta itu ialah kenderaan sedan segmen-B.

Ia juga dikatakan sangat jimat tenaga, mesra keluarga, memberi nilai untuk wang dan “seronok dipandu”. Kereta ini juga akan mendapat teknologi bantuan pemandu maju atau sistem autonomi.

Apa yang boleh dilihat pada prototaip Kereta Nasional Ketiga ini ialah ia mempunyai lampu LED DRL di depan, lampu projektor, dan gril krom agan besar.

Di belakang pula, terdapat lampu LED ala Audi A5, tetapi dengan nyalaan berbentuk C. Di bampar pula terdapat unit seperti pemantul cahaya.

Berkenaan sistem rangkaian kuasa (powertrain), laporan sebelum ini mengatakan sedan itu akan dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman biasa dan hibrid.       

Konsep dan rekaan powertrain ini merupakan kerjasama antara DreamEdge dan Daihatsu. Tetapi, ia bukan suatu projek rebadge model Daihatsu.

Kenyataan misi DreamEdge adalah untuk mencetuskan inovasi dan menggalakkan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam sains, kejuruteraan dan teknologi. Diharapkan produk DreamEdge ini mecerminkan misi itu.

Apa pendapat anda mengenai rupa Kereta Nasional Ketiga setakat ini?

Imej kredit: Drebar.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here