DreamEDGE dilantik bangunkan kereta nasional ketiga, pakatan teknologi dengan Daihatsu

1744

DreamEDGE, sebuah syarikat berpengkalan di Cyberjaya, dilantik untuk membangunkan kereta nasional ketiga. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking hari ini.

Beliau berkata, “Objektif kereta nasional baharu itu adalah untuk menerapkan sains, teknologi dan kejuruteraan. Ia sebuah kenderaan yang akan dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.



“DreamEDGE ialah sebuah syarikat swasta sepenuhnya dan akan menerajui pembangunan kereta nasional ini.

Prototaip pertama dijangka pada Mac 2020 dan kereta pertama akan dilancar pada Mac 2021.

Di laman webnya, DreamEDGE menyatakan bahawa ia memfokus kepada beberapa jenis inovasi, dari produk dan inovasi proses kepada perniagaan dan inovasi servis.

Mula ditubuhkan pada 2007, ia mempunyai pusat pembuatan dan penghasilan prototaip di Cyberjaya, sebuah makmal inoasi di Bukit Jalil dalam institut R&D SIRIM, pusat rekabentuk di Taiping dan pejabat R&D di Tokyo, Jepun.

Sebelum ini kerajaan pernah mengumumkan bahawa kereta nasional ketiga ini ialah jenis jimat tenaga, tetapi pengumuman hari ini tidak menyentuh isu itu.

Walaubagaimanapun apabila ditanya media, pengasas dan CEO DreamEDGE Khairil Adri Adnan berkata syarikat itu akan membangunkan sebuah sedan segmen-C sebagai kereta pertamanya.

 Untuk enjin, dia berkata, “Sama ada enjin pembakaran dalaman yang canggih atau hibrid.”

Turut didedahkan bahawa syarikat kereta Jepun, Daihatsu Motor Company akan “memberikan sokongan” untuk teknologi enjin ini.

“Daihatsu mempunyai pegangan ekuiti dengan Perodua tetapi mereka memberikan sokongan dalam bahagian teknologi,” kata CEO Malaysia Automotive Institute (MAI) Madani Sahari.

Madani menambah, “Dari masa ini, perkembangan kereta nasional ini dari segi enjin, platform dan sebagainya akan diumumkan dari masa ke masa.”

Darell pula berkata, selagi tiada dana awam dalam projek ini, jumlah keseluruhan dana sepatutnya tidak menjadi isu.

Dia menambah, “Di masa depan, kita akan tunjukkan kebolehan kejuruteraan dengan model dan akan ada perjanjian persefahaman dan sebagainya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here