Utama Berita Automotif Isu teknikal, BSH panggil balik CMX500A & CBR650RAC

Isu teknikal, BSH panggil balik CMX500A & CBR650RAC

11

Boon siew Honda memanggil balik 430 unit motosikal Honda CMX500A dan CBR650RAC bermula 25 Mei ini susulan pengesanan isu teknikal yang berpotensi menjejaskan aspek keselamatan kenderaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli menerusi satu kenyataan menyatakan aktiviti panggil balik tersebut melibatkan model yang dikenal pasti terjejas bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan terhadap komponen berkaitan.

Model yang terlibat adalah :

  • Sebanyak 160 unit Honda CMX500A (2023-2024) : Skru kunci hendal longgar
  • Sebanyak 270 unit CBR650RAC (2024-2025) : Wire harness short circuit

“Semua pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi BSH bagi penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

“Pemilik kenderaan juga turut dibenarkan hadir secara walk in ke mana-mana pusat servis berhampiran seluruh negara,” menurut kenyataan.

Beliau berkata sebarang komponen yang dikenal pasti terlibat akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh Boon Siew Honda. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here