Utama Berita Automotif Honda tambah nilai pemilik kenderaan hibrid dengan waranti hingga 10 tahun

Honda tambah nilai pemilik kenderaan hibrid dengan waranti hingga 10 tahun

5

Honda Malaysia memperkukuh kedudukan dalam teknologi hibrid melalui Kempen “Hybrid Done Right” bermula 1 April hingga 30 Jun 2026.

Kempen ini menumpukan aspek ketahanan, kebolehpercayaan, dan prestasi dunia sebenar teknologi e:HEV Honda, serta menampilkan siri program menarik yang direka untuk mempamerkan kelebihan teknologi e:HEV di samping memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran hebat.

Bermula 1 Mei 2026, pelanggan membeli model Honda e:HEV bakal menikmati jaminan tambahan melalui waranti bateri dan komponen hibrid selama *10 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Penambahbaikan ini dijangka meningkatkan keyakinan tidak berbelah bahagi Honda terhadap ketahanan dan prestasi jangka panjang bateri hibridnya, sekali gus menonjolkan kekuatan dan ketersesuaian teknologi e:HEV dalam pasaran yang sedang berkembang pesat.

Rangkaian e:HEV komprehensif dalam barisan modelnya, waranti bateri dan komponen hibrid selama *10 tahun ini terpakai untuk model yang baru dibeli termasuk City e:HEV, City Hatchback e:HEV, HR-V e:HEV, Civic e:HEV, dan New CR-V e:HEV. 

Ia seterusnya meningkatkan nilai pemilikan dan keyakinan jangka panjang buat pelanggan.

Pelanggan sedia ada e:HEV serta generasi terdahulu i-DCD (Jazz, City, dan HR-V) juga akan mendapat manfaat daripada penambahbaikan ini.

Waranti bateri *hibrid dilanjutkan dari 8 tahun kepada 10 tahun dengan perbatuan tanpa had, manakala komponen hibrid terpilih kini dilindungi oleh *waranti lanjutan sehingga 10 tahun, berbanding perlindungan 5 tahun sebelum ini.

Honda Malaysia turut melanjutkan perlindungan waranti bateri dan komponen *hibrid kepada pemilik tangan kedua (terpakai) bagi model e:HEV dan i-DCD.

Pemilik seterusnya kekal layak untuk perlindungan ini apabila hak milik dipindahkan, sah sehingga tahun ke-10 tempoh *waranti tersebut.

Melalui inisiatif terbaharu ini, Honda Malaysia melangkaui sempadan inovasi hibrid dengan memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan, di samping konsisten menyediakan manfaat jangka panjang dan ketenangan minda kepada pelanggan.

Komitmen ini diperkukuh dengan sokongan selepas jualan di seluruh negara, ketersediaan alat ganti yang dipercayai, dan nilai pemilikan yang terbukti—sekali gus memantapkan keyakinan terhadap ekosistem hibrid Honda.

Maklumat lanjut mengenai perkembangan ini boleh diperoleh pelanggan dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari http://www.honda.com.my

*Perlindungan waranti bateri dan komponen hibrid adalah tertakluk kepada terma dan syarat waranti Honda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here