NAP 2020: Proton sokong usaha kerajaan hasilkan Kenderaan Generasi Baharu (NxGV)

1750

Proton memuji langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan dan pengeluaran Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) dan komponen-komponen penting.

Menurut pada permintaan untuk membangunkan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada NAP 2014, strategi baharu ini dilihat sebagai peluang untuk pihak berkepentingan dalam industri automotif memperkenalkan teknologi baharu kepada Malaysia disamping meningkatkan kemahiran dan keupayaan komuniti pembekal tempatan.



Melalui struktur pemilikan syarikat nasional itu (50.1 peratus dimiliki oleh DRB-HICOM dan 49.9 peratus oleh Geely Auto), Proton dapat memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh pemegang sahamnya iaitu memberikannya akses kepada ekosistem tempatan melalui DRB-HICOM dan akses kepada teknologi baharu melalui Geely Auto Group, untuk merebut peluang yang dibentangkan oleh NAP 2020.

Walau bagaimanapun, untuk permulaan, Proton akan meneruskan perancangannya melabur dalam produk dan teknologi baharu serta kemudahan kilang dan pembuatan.

Syarikat itu juga akan terus bekerjasama dengan pembekal tempatan dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu, terutama melalui kerjasama strategik untuk mengembangkan keupayaan teknikal dan meluaskan daya maju komersial.

Bagi rangkaian jualannya pula, Proton berusaha untuk menambahbaik pengalaman pemilikan pelanggan melalui perluasan pusat perkhidmatan 3S/4S di seluruh negara.

“Pelancaran NAP 2020 menunjukkan Malaysia kini kearah untuk menerapkan kenderaan berteknologi baharu yang dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dan hibrid serta teknologi autonomi dan kesalinghubungan.”

“Dua pemegang saham Proton memberikan kami akses kepada ekosistem industri automotif Malaysia serta teknologi yang diperlukan untuk model NxGV iaitu salah satu teras utama dasar ini.”

Masih terdapat banyak perkara perlu diambil kira dan Proton yakin melalui polisi dasar yang telah ditetapkan, syarikat akan dapat menyumbang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat NAP 2020,” kata CEO Proton, Dr Li Chunrong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here